BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Indonesia maut tersepit

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
20716fardy1_1469015633.jpg

Kuala Lumpur: Pekerja pembinaan maut tersepit pada ‘gondola’ kren yang tumbang dan terhempas memasuki koridor bangunan dalam pembinaan di Persiaran Bistari, Alam Damai, 4.30 petang tadi

Mangsa lelaki warga Indonesia berusia 30-an itu dikatakan sedang melakukan kerja pembinaan sebelum kren yang dinaikinya tiba-tiba hilang kawalan

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.39 petang sebelum mengerahkan dua jentera dan 11 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian

Katanya, siasatan awal mendapati gondola kren yang dinaiki mangsa terhempas ke koridor di tingkat tiga bangunan berkenaan yang masih dalam pembinaan

"Anggota bomba terpaksa memecahkan alang bangunan berkenaan untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya
 
Mau hancur tulang2 dia..
 
Back
Top
Log in Register