BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peguam Aidil maut kemalangan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_01.1.jpg

BEGINILAH keadaan motosikal yang ditunggangi Noor Ariff yang maut selepas merempuh sebuah lori tangki di Jalan Persiaran Senawang, Negeri Sembilan kelmarin.

SEREMBAN – Peguam yang mewakili pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Razak, Noor Ariff Delia Ramli, 36, maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya merempuh sebuah lori tangki di Jalan Persiaran Senawang di sini kelmarin.

Pada kejadian pukul 9.40 malam itu, Noor Ariff meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Versys 650 dalam perjalanan dari rumahnya di Senawang menuju ke Plaza Tol Senawang untuk ke Seremban 2.

Katanya, tiba di lokasi kejadian, sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak kelapa sawit dari arah bertentangan tiba-tiba membelok ke kanan.

“Mangsa yang tidak sempat membrek kemudiannya melanggar sisi kiri kenderaan berat tersebut sebelum tercampak kira-kira dua meter.

“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya di sini semalam.


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 
lori lagi..banyak jugak kes lori penyebab kemalangan sekarang ni..
 
Takziah..Ini lah contoh driver lori kt malaysia nie,pentingkan diri..Alfatihah utk arwah..
 
nasib penunggang roda dua dekat Malaysia
Takziah
 
driver bas dg driver lori semua kejar trip nyawa pengguna lain tak dihirau
 
driver2 lori nie suka buat hal sndiri...
 
Back
Top
Log in Register