BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai polis mangsa samun

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUANTAN - Seorang pegawai polis berpangkat supritendan kerugian sebuah kereta dan wang tunai serta barangan lain selepas disamun tiga lelaki di rumahnya di Beserah di sini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Mohd Haris Daud berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu suspek yang berumur lingkungan 28 hingga 35 tahun itu telah menceroboh masuk ke rumah mangsa di Taman Mewah Seri Bayu dengan bersenjatakan parang dan besi pencungkil pintu.

"Mangsa, 56, dan isterinya, 53 tahun diacukan dengan parang dan besi kuku kambing dan kemudiannya diikat kaki dan tangan di kepala katil dengan mulut dan mata mereka turut ditutup,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, suspek menggeledah rumah mangsa sebelum melarikan sebuah kereta Toyota Harrier serta telefon bimbit, jam tangan dan wang tunai RM1,700.

"Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM90,000,” katanya.

Haris berkata, mangsa yang merupakan anggota misi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan, baru pulang daripada bercuti pada Jumaat lepas. - Bernama


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
 
mane pegi pistol dia?
ke x sempat nk kluarkan pistol..:-?
 
Mesti malu kat anak buah..kena lak yg sembang kemas..apa pn..sama2 la kita sentiasa berhati2..
 
bukan duit cash rm90k tapi toyota hilux, brg kemas dan duit cash rm1700.

masak kalo penyamun ni kena tangkap, kompom kena sauk kaw2 dlm lokap nnt. tgk le.
 
tak kira la sapa...kalau dah nak kena tu..memang tak boleh...minta dijauhkan daripada kita...

p/s: baru2 ni ada 2 indo dan 2 india pecah masuk rumah banglo kat kawasan aku...minta tunjuk barang kemas...bini kena ikat siap buka baju..kalau x serah rogol...nasib baik ada..kalau tak...wallahualam apalah akan jadi...

pihak tertentu kena cari jalan ke atas banteras jenayah makin berleluasa ni...
 
Back
Top
Log in Register