BTC USD 64,266.9 Gold USD 4,463.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai polis cuba tipu Jaipp

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BUTTERWORTH: Seorang lelaki bukan saja berkelakuan kurang sopan di tempat awam, malah sanggup menipu dengan mengaku sebagai ketua polis kepada pegawai penguat kuasa agama ketika ditahan dalam operasi cegah maksiat di sini, semalam.

Kejadian berlaku ketika operasi ‘Ops Maksiat’ yang dijalankan kira-kira jam 12.40 tengah malam, membabitkan 15 pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) yang diketuai Ketua Unit Operasi, Khairul Azman Azizan.

Turut serta dalam operasi itu, sepasukan 10 anggota polis cawangan Trafik Balai Polis Butterworth. Operasi itu dijalankan di kawasan persisiran pantai sekitar kawasan Rehat & Rawat (R&R) Bagan Ajam.

Khairul Azman ketika ditemui berkata, lelaki terbabit bertindak demikian berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila dia dan teman wanitanya, masing-masing berusia 40-an, ditahan selepas disyaki berkelakuan kurang sopan di tempat awam.

Beliau berkata, pasangan itu ditahan di dalam kereta yang diletakkan di tepi pantai sehingga menimbulkan syak apabila kedua-duanya ditemui dalam keadaan berselimut.

Katanya, selepas disapa pegawai penguat kuasa Jaipp dan diminta keluar dari kenderaan bagi pemeriksaan, lelaki itu dalam keadaan zip seluar dan tali pinggangnya terbuka.

“Akibat tersentak dengan pemeriksaan mengejut itu, suspek dengan pantas menarik zip seluarnya.

“Keadaan mula tegang apabila suspek mengaku dia ketua polis balai di Sungai Petani manakala teman wanitanya guru sekolah menengah di Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Khairul Azman berkata, selepas hampir 40 minit melakukan pemeriksaan, keadaan masih belum reda sehingga terpaksa meminta bantuan anggota polis berikutan suspek enggan memberikan kad pengenalannya.

Beliau berkata, keadaan terus panas apabila suspek tiba-tiba hilang kawalan dan naik berang dengan menuduh pegawai penguat kuasa agama cuba menganiayanya dengan mengambil tindakan salah.

Katanya, suspek kemudian dibawa ke pejabat cawangan trafik dan mengaku timbalan ketua balai pula. Kejadian itu berlarutan sehingga lima jam apabila suspek tetap enggan memberi kad pengenalannya.

“Selepas campur tangan beberapa pegawai polis, akhirnya satu laporan tangkapan dilakukan dan kedua-dua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
 
Nasib baik tak tersepit ngan zip :eek:
 
polis nih xleh didakwa ker ? menghalang siasatan/ tidak bekerjasama ngan pihak berkuasa?:eek:
 
mula2 ngaku ketua polis, pastu timbalan ketua balai lak.....ntah2 keje jaga kat balai jer......huhuhu.....
 
tangkap....
tangkap...
die kje tukang kebun je kot...
 
Back
Top
Log in Register