BTC USD 60,412.8 Gold USD 1,736.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pegawai kerajaan jual MyKad

The Maut

Super Active Member
Joined
Jul 19, 2019
Messages
5,847
Reaction score
114
Points
83
cuffs5_1568137464.jpg

Gambar hiasan.

BEBERAPA individu termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi direman polis susulan pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada seorang warga China di Pulau Pinang baru-baru ini.
Dalam operasi khas minggu lalu itu, beberapa kakitangan dan pegawai sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang termasuk di Putrajaya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Sumber berkata, antara yang ditahan termasuk Timbalan Pengarah jabatan itu bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang mengenai wanita warga China memiliki MyKad sah mahu membuat pasport Malaysia.

Difahamkan, wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke JIM negeri bagi membuat pasport Malaysia sebelum mengemukakan MyKad miliknya yang sah.
“Namun status kewarganegaraan wanita itu diragui selepas timbul masalah komunikasi antara dirinya dan pegawai bertugas.
“Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan," katanya.
Menurutnya, MyKad yang dibawa wanita itu sah sebelum JIM membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Katanya, susulan laporan itu, satu operasi sulit dilakukan PDRM sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kes penjualan MyKad membabitkan nilai RM350,000.
Difahamkan, operasi sulit itu akan menahan beberapa lagi individu termasuk membongkar sindiket berkenaan.
Katanya, difahamkan, hasil siasatan sehingga hari ini kumpulan itu sudah menjual lebih enam keping MyKad selain penemuan sejumlah wang tunai bersama beberapa individu terbabit.

 
Mahkamah tolak permohonan ikat jamin 6 dituduh terlibat sindiket jual MyKad

November 21, 2019 8:26 AM


MyKad-racket-Suspect-Penang-FMT-.jpg

Enam suspek sindiket MyKad digiring dari Mahkamah Tinggi di George Town bulan lepas.

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan ikat jamin enam individu dituduh terlibat dalam sindiket menjual kewarganegaraan Malaysia kepada warga China.

Enam lelaki berkenaan memfailkan permohonan ikat jamin dengan mengemukakan, antara lain, alasan bahawa pertuduhan yang dihadapi mereka di bawah undang-undang antipenyeludupan bukan merupakan kesalahan keselamatan.

Mereka pada mulanya ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang membenarkan tahanan tanpa bicara selama 28 hari.

Pada 3 Okt mereka mengaku tidak bersalah, sementara peguam pembelaan memfailkan permohonan untuk mencabar penahanan mereka di bawah Sosma pada 10 Okt.

Peguambela merujuk kepada Seksyen 388 (1) Kanun Keseksaan dengan berkata, individu yang didakwa melakukan kesalahan tidak boleh jamin boleh dilepaskan dengan jaminan.

Hakim Akhtar Tahir bagaimanapun menolak permohonan itu dengan berkata, Sosma tidak terhad kepada kesalahan berkait keganasan.

“Saya tidak bersetuju dengan peguambela bahawa wujud kesamaran dalam kes ini. Mahkamah tidak boleh membuat undang-undang baru. Saya juga tidak boleh menerima hujah pembelaan bahawa Sosma hanya untuk kes keganasan.

“Ikat jamin tidak akan diberikan dalam kes ini melainkan ia termasuk di bawah pengecualian (yang diperuntukkan di bawah Sosma),” katanya.

Beliau juga menetapkan lima hari untuk perbicaraan bermula 6 Apr tahun depan.

Peguam Sivahnanthan Ragava yang mewakili salah seorang tertuduh, Lai Chin Wah berkata, beliau diarahkan untuk meneruskan rayuan terhadap ketetapan itu.

Lai, 56 dituduh bersama-sama penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang Mohd Faizul Arifin 34; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 43 Loh Chan Cheong, 34 dan Chien Guan Chai, 36.

Mereka berdepan keseluruhan 32 tuduhan di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara 15 tahun atau denda maksimum RM500,000.

Enam individu berkenaan juga dituduh di bawah Seksyen 25(1)(i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Saksi Nafi Paling Di Kehendaki Di China

31.10.2019 - Georgetown, Ahli perniagaan warga China, Wang De Qun, 58, menafikan di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau adalah individu paling dikehendaki di China bagi kesalahan korporat.

Wang, saksi pendakwaan bagi kes enam individu yang didakwa mengeluar dan menjual sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing berkata beliau tidak bersetuju dengan soalan yang dikemuka peguam Mohd Hisham Nazir yang mewakili Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang Mohd Faizul Arifin, 34.

Saksi itu turut tidak bersetuju dengan cadangan Mohd Hisham bahawa atas status “dikehendaki” beliau terpaksa menipu dan mencari pasport palsu.

Wang berkata demikian pada prosiding deposisi kes enam individu yang berdepan pertuduhan mengeluar dan menjual sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.

Individu berkenaan ialah Mohd Faizul, Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 43; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36, dan ahli perniagaan Datuk Lai Chin Wah, 56.

Wang juga tidak bersetuju dengan soalan peguam Datuk Ranjit Singh Dhillon yang mewakili Chien dan Mohd Faizal bahawa beliau mengaku bersalah bagi kesalahan memiliki pasport palsu dan dikenakan penjara tiga bulan berserta syarat akan bekerjasama dengan polis dan menjadi saksi utama pendakwaan.

Ahli perniagaan dari China itu kini sedang menjalani hukuman penjara tiga bulan yang akan berakhir pada 13 Nov ini selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki pasport palsu mengikut Seksyen 12(1)(d) Akta Pasport 1966.

Pada prosiding itu juga, Wang menafikan yang beliau pergi bersendirian ke tingkat tiga di sebuah bangunan bagi urusan mendapatkan pasport selepas diberitahu untuk ke situ semasa pertemuan di sebuah hotel.

Ranjit ketika menyoal Wang berkata terdapat rakaman menunjukkan Wang secara sendiri pergi ke lif dan menekan butang menuju ke tingkat tiga bangunan itu.

Wang memberikan keterangan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir di dalam bahasa Mandarin yang kemudian diterjemah oleh jurubahasa mahkamah ke dalam bahasa Melayu.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Mac depan untuk pengurusan kes tersebut.

Mohd Faizul, Mohd Faizal Tan, Yap, Loh dan Chien masing-masing mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 manakala Lai turut mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengikut seksyen yang sama.

Mohd Faizul menghadapi dua pertuduhan membuat dokumen pengenalan diri fraud iaitu sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor Beng bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran di Ibu Pejabat JPN Negeri Pulau Pinang Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, di sini antara Januari hingga Februari 2019.

Mohd Faizal Tan, Yap, Loh dan Chien masing-masing didakwa atas dua pertuduhan menjual sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor Beng di sekitar kawasan George Town pada tempoh yang sama.

Lai pula didakwa atas tiga pertuduhan menjual sijil kelahiran, kad pengenalan dan pasport atas nama Ewe Chor Beng di sekitar kawasan George Town antara Januari hingga Mac 2019.

Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 memperuntukkan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 15 tahun serta boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

71462649242_MyKad.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...mykad-saksi-nafi-paling-dikehendaki-di-china/

Bayar RM400,000 Untuk Buat MyKad & Pasport Malaysia - Warga China

30.10.2019 - Georgetown, Seorang ahli perniagaan warga China memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau membayar sebanyak RM400,000 untuk memiliki pasport dan MyKad warga Malaysia.

Wang De Qun, 58, berkata beliau bersetuju dengan pembayaran tersebut dan mahu membuat pasport warganegara Malaysia bagi tujuan pelaburan serta memudahkannya untuk menjalankan urusan perniagaan di negara ini.

“Saya mahu memiliki pasport yang sah di sisi undang-undang di negara ini bagi memudahkan saya menjalankan urusan perniagaan kerana jika tiada, saya mempunyai banyak sekatan dan masalah untuk ke Malaysia,” kata saksi pendakwaan itu pada prosiding deposisi kes enam individu yang berdepan pertuduhan mengeluar dan menjual sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.

Individu berkenaan ialah Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin, 34; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 43; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36, dan ahli perniagaan Datuk Lai Chin Wah, 56.

Wang yang memberikan keterangan dalam bahasa Mandarin kemudiannya diterjemah ke dalam bahasa Melayu itu berkata beliau menjalankan perniagaan resort dan kontraktor pembinaan di negara ini.

Beliau berkata urusan memperoleh pasport Malaysia itu diperkenalkan oleh seorang lelaki warga Thailand yang dikenali Liwge, yang memberitahunya bahawa terdapat cara untuk membolehkannya memiliki pasport warganegara Malaysia dan bagi tujuan itu pengurus kewangannya telah memberikan bayaran RM200,000 terlebih dahulu kepada lelaki Thailand terbabit.

“Saya memberitahu Liwge, saya mahu pasport untuk tujuan pelaburan seperti yang boleh didapati di Australia dan Afrika dan saya mahu pasport tersebut (pasport Malaysia) sah di sisi undang-undang di Malaysia,” katanya yang telah mempunyai dua pasport, China dan Vanautu, Afrika, seterusnya pasport Malaysia dengan nama Ewe Chor Beng.

Wang berkata bagi urusan mendapatkan pasport itu, beliau bertemu tertuduh, ahli perniagaan Datuk Lai Chin Wah pada Disember lepas.

“Pada pertemuan dengan Lai, saya telah dibawa ke sebuah hotel. Selepas itu saya di bawa ke sebuah bangunan kerajaan.

“Di sana saya dibawa ke bilik seorang pegawai di tingkat 3 dan diminta menurunkan tandatangan dalam beberapa helaian dokumen yang saya tidak ketahui isi kandungannya kerana tidak memahami tetapi saya percaya ia satu urusan yang sah dan berkaitan permohonan pasport yang ingin saya miliki,” katanya yang turut mengesah dan mengecam di mahkamah, pegawai yang dimaksudkan itu ialah Mohd Faizul.

Saksi itu berkata selepas itu beliau dibawa ke tingkat lain bagi urusan cap jari dan mengambil gambar sebelum dibawa semula oleh Lai ke hotel dan selepas beberapa jam di situ, beliau ditunjukkan salinan dokumen yang mempunyai gambarnya.

Wang berkata beliau kemudian kembali ke China dan pada Februari lepas, Lai menghubunginya memaklumkan pasportnya telah siap dan beliau datang ke Pulau Pinang bertemu Lai yang menunjukkan kad pengenalan tertera gambarnya.

“Pada masa itu saya menyangka akan memperoleh pasport namun hanya sekeping kad, dan tertuduh (Lai) memberitahu saya kad ini (MyKad) diperlukan untuk membuat pasport.

“Keesokannya saya dibawa ke bangunan sama (bangunan kerajaan) untuk membuat segala urusan dan prosedur mendapatkan pasport dan kemudian pulang semula ke negara saya,” katanya.

Wang berkata pada Mac lepas, Lai sekali lagi menghubunginya dan memaklumkan pasportnya telah siap dan beliau datang semula ke Pulau Pinang untuk mengambil pasport tersebut.

“Selepas memperoleh pasport itu pada malamnya, tertuduh (Lai) membawa saya ke Thailand dan pulang semula ke Malaysia keesokannya bagi percubaan pasport tersebut. Tiada sebarang sekatan berlaku dan urusan keluar masuk berjalan dengan lancar,” katanya yang turut menyerahkan wang RM200,000 kepada Lai.

Wang berkata setelah selesai urusan pasport itu, Lai memaklumkan mahu menjalin kerjasama dengannya dalam perniagaan dan turut meminta beliau mengambil lesen memandu Malaysia dan saksi itu bersetuju dan telah menduduki peperiksaan seterusnya memperoleh lesen memandu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan esok untuk saksi itu menyambung keterangan.

Mohd Faizul, Mohd Faizal Tan, Yap, Loh dan Chien masing-masing mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 manakala Lai turut mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengikut seksyen yang sama.

Mohd Faizul menghadapi dua pertuduhan membuat dokumen pengenalan diri fraud iaitu sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor Beng bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran di Ibu Pejabat JPN Negeri Pulau Pinang Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, di sini antara Januari hingga Februari 2019.

Mohd Faizal Tan, Yap, Loh dan Chien masing-masing didakwa atas dua pertuduhan menjual sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor Beng di sekitar kawasan George Town pada tempoh yang sama.

Lai pula didakwa atas tiga pertuduhan menjual sijil kelahiran, kad pengenalan dan pasport atas nama Ewe Chor Beng di sekitar kawasan George Town antara Januari hingga Mac 2019.

Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 memperuntukkan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan maksimum 15 tahun serta boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

807016pre_d57a6802c9b56ab.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...-buat-mykad-dan-pasport-malaysia-warga-china/

Jual MyKad : Kerajaan sedia timbang RCI jika perlu

35141880f5b54ca4834b6a7f08a379a95d9d7c5f111af


KUALA LUMPUR, 9 Okt -- Kerajaan sedia mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes penjualan sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah, sekiranya terdapat keperluan pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman bagaimanapun berkata ketika ini, pihaknya menyerahkan kes yang berlaku di Pulau Pinang bulan lepas, disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ia dalam siasatan, sekarang enam sudah didakwa dan kita biarlah proses undang-undang berjalan dahulu, kalau di masa hadapan perlu diwujudkan RCI kita akan pertimbangkan.

“Sehingga hari ini, mengenai kes itu, ada 11 MyKad yang telah disenarai hitamkan dan proses siasatan masih dilakukan untuk mengenal pasti lagi selebihnya,” katanya dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) yang ingin tahu jumlah MyKad yang telah disenarai hitamkan berhubung kes penjualan sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah itu.


Tiga agensi aktif siasat Mykad palsu

JOHOR BAHRU: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) aktif melakukan siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata ia susulan arahan kerajaan yang mahu kegiatan salah itu dihapuskan menerusi siasatan menyeluruh.

“JSJ Bukit Aman, JPN dan JIM aktif berkomunikasi, berjumpa untuk mencungkil satu persatu maklumat mengenai penjualan MyKad kepada warga asing.

“Arahan dapat daripada kerajaan supaya perkara ini (kes penjualan MyKad kepada warga asing) dan sebarang kemusykilan yang timbul berhubung perkara ini, dihapuskan serta-merta menerusi siasatan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Siri 2/2019 di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din dan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shafie Ismail.

Pada 19 Ogos lalu, 20 individu termasuk pegawai dan kakitangan JPN Pulau Pinang ditahan polis bagi membantu siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bulan lalu dilaporkan menyifatkan penjualan dokumen MyKad dan sijil kelahiran kepada warga asing itu sebagai pengkhianatan besar terhadap negara dan mengarahkan siasatan rapi dilakukan.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid, berkata sehingga kini tiada tangkapan baharu membabitkan warga asing berhubung isu itu, namun perbincangan tiga agensi penting sedang rancak dilaksanakan.

“Pasukan JSJ Bukit Aman sentiasa mendapat kerjasama JPN dan JIM dan mereka sedang teliti satu persatu kad pengenalan (MyKad) yang diragui.

“Ada ‘karekteristik’ tiga agensi berkenaan (JSJ, JPN dan JIM) mungkin dapat ‘zero-in’. Sekiranya mereka nak semak 33 juta rakyat Malaysia memang tak cukup, kecuali pakai ‘super komputer’ nak kesan.

“Tetapi JPN dan JIM ada ‘tanda’ atau pengetahuan mengesan individu terbabit yang mereka syak,” katanya sambil menambah siasatan berterusan penting supaya semua keraguan dihapuskan dan tidak timbul syak atau dakwaan bahawa berlaku penjualan MyKad dan sijil kelahiran serta isu kewarganegaraan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata, beliau memberi ‘lampu hijau’ kepada pengurusan tertinggi di peringkat negeri supaya bekerjasama dengan media dan berharap pegawai peringkat atasan pasukan bekerjasama dalam membantu menyalurkan maklumat diperlukan media.

“Saya bagi 'blank cheque' atau cek kosong kepada semua Ketua Polis, Pengarah dan Komander (Ketua Polis Daerah dan Ketua Jabatan) di bawah sentiasa berinteraksi dengan media.

“Mereka perlu berkongsi apa juga (kes) dan saya bagi pas laluan seumur hidup untuk mereka,” katanya sambil menambah anggotanya akan menjawab soalan diajukan selagi tidak prejudis atau subjudis.

Beliau berkata, tidak memberi makna kepada pasukan itu untuk 'sombong' dengan media kerana mesej tidak akan sampai kepada sasaran jika perbuatan itu diamalkan.


Rayer tarik diri wakili tertuduh sindiket kes jual MyKad

26 September 2019

MGF09082018_PARLIMEN-SIDANG-DEWAN-RAKYAT22.jpg

Ahli Parlimen Jelutong, R. Sanisvara Nethaji Rayer

KUALA LUMPUR – Selepas menerima kecaman pelbagai pihak, Ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer hari ini menarik diri daripada mewakili Datuk Lai Chin Wah yang merupakan salah seorang tertuduh dalam kes sindiket menjual MyKad kepada warga asing.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu pembabitannya dalam kes tersebut akan digunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk membuat tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas terhadap DAP, kerajaan Pakatan harapan serta para pemimpin.

“Oleh yang demikian, setelah memikirkan perkara ini secara mendalam saya telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada mewakili tertuduh Dato’ Lai Chin Wah dalam kes ini bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

MalaysiaGazette turut menghubungi Rayer untuk menyemak kesahihah kenyataan tersebut, dah beliau telah mengesahkannya.


'Jika betul DAP bawa masuk orang China, baik diam dan teruskan jual MyKad'

25 September 2019 5:41 PM

image.jpeg


IPOH 25 Sept. - Dakwaan kononnya DAP mahu membawa warga negara China melalui penjualan MyKad adalah suatu yang tidak munasabah.

image.jpg


Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Howard Lee Chuan How berkata, sekiranya fitnah itu benar, DAP tidak perlu membangkitkan isu kewarganegaraan dan kad pengenalan merah (pemastautin tetap) kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Baik hanya berdiam dan teruskan menjual MyKad sahaja.

"Oleh itu, DAPSY menegaskan tuduhan tersebut adalah tindakan terdesak mencari keuntungan politik murahan terhadap DAP," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Howard berkata, kumpulan sindiket menjual MyKad yang dibongkar baru-baru ini perlu dikenakan hukuman berat kerana tindakan mereka merupakan satu pengkhianatan serius, justeru sesiapa yang bersubahat mestilah dibawa ke muka pengadilan kerana mengancam kedaulatan negara.

Beliau berkata, ia berikutan hak kewarganegaraan hanya boleh diberikan melalui kelahiran mengikut proses sah dan tidak seharusnya digugat melalui 'pintu belakang' secara pecah amanah.

"Memperoleh kewarganegaraan melalui jalan korupsi merosakkan institusi awam kita. Sedangkan masih ramai warga kita sendiri yang dilahirkan di negara ini dibelenggu dengan isu kewarganegaraan berdekad lamanya.

"Oleh itu, kami juga mengulangi gesaan agar Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tuntas dan pantas dalam menyelesaikan masalah berlarutan sejak sekian lama ini membabitkan permohonan kewarganegaraan oleh pemohon yang benar-benar layak," katanya. - UTUSAN ONLINE


Jual MyKad Bukan hanya di Pulau Pinang

25.09.2019 - Kuala Lumpur, Bukan hanya di Pulau Pinang, malah aktiviti sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah yang didalangi pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kemungkinan turut berlaku di tempat lain.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasagaran berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kegiatan penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah itu turut berlaku di negeri lain.

“Kita percaya sindiket ini juga sudah lama beroperasi dan siasatan menyeluruh serta terperinci sedang dijalankan termasuk kemungkinan wujud pembabitan dalam beberapa peringkat di agensi berkenaan.

“Mungkin aktiviti ini sudah lama dilakukan dan ada beberapa lapisan dalam sindiket terbabit, sebab itu polis perlu menjalankan siasatan secara terperinci,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Keselamatan Antarabangsa Ke-5 di Georgetown hari ini.

Sehingga kini, empat individu masing-masing seorang wanita dan tiga lelaki yang terbabit dalam sindiket penjualan MyKad menjadi buruan polis dalam fasa kedua Op Biru yang dilancarkan baru-baru ini.

Mereka yang diburu itu terdiri daripada seorang wanita yang masih berkhidmat di JPN di sebuah negeri di utara, dua lelaki bekas kakitangan jabatan itu dan seorang lelaki bergelar Datuk.

Dalam fasa kedua Op Biru itu, polis turut berjaya menahan seorang lelaki warga India yang didapati menggunakan MyKad yang diperoleh secara tidak sah.

Lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit ditahan di sebuah rumah di Nibong Tebal semalam, susulan risikan dan juga maklumat yang dilakukan polis.

Dalam kejadian pada 12 September lalu, enam lelaki termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan seorang Penolong Pengarah JPN berdepan 32 pertuduhan menjual MyKad sah kepada warga asing.

Fasa pertama Ops Biru berjaya menahan 20 individu susulan pembongkaran seorang warga China yang cuba memohon pasport menggunakan MyKad sah di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang pada 16 Mei lalu.

469576.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/500124/jual-mykad-bukan-hanya-di-pulau-pinang

Polis Cekup Warga India Miliki MyKad

21.09.2019 - Nibong Tebal, Polis berjaya menahan seorang lelaki warga India yang didapati menggunakan MyKad diperoleh secara tidak sah.

Menurut sumber, lelaki berusia 20-an terbabit ditahan di sebuah rumah di Nibong Tebal, semalam, susulan risikan dan maklumat diperoleh polis.

“Dalam serbuan ini, kita turut merampas beberapa dokumen daripada Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN), pasport dan telefon bimbit,” katanya.

Dalam pada itu, selain tangkapan lelaki warga India berkenaan, polis masih memburu empat individu sepanjang Op Biru Fasa Kedua kali ini.

Mereka terdiri daripada seorang wanita masih berkhidmat di JPN di sebuah negeri, dua lelaki bekas kakitangan JPN dan seorang lelaki bergelar Datuk.

Sumber berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki bergelar Datuk berusia 50-an menjadi orang tengah bagi memudahkan suspek mendapatkan MyKad berkenaan.

“Setakat ini, suspek mengaku memperoleh MyKad secara tidak sah itu melalui individu tidak dikenali,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengulas mengenai fasa kedua operasi dilancarkan Selasa lalu bagi mengesan sindiket penjualan MyKad.

Dalam kejadian 12 September lalu, enam lelaki termasuk seorang bergelar Datuk dan seorang Penolong Pengarah JPN berdepan 32 pertuduhan menjual MyKad sah kepada warga asing.

Fasa pertama Ops Biru berjaya menahan 20 individu susulan pembongkaran seorang warga China yang cuba memohon pasport menggunakan MyKad sah di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang pada 16 Mei lalu.

Screenshot-453.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/498850/polis-cekup-warga-india-miliki-mykad

IMG_20190922_135605.jpg


IMG_20190922_135610.jpg


Kenyataan Media Kementerian Dalam Negeri mengenai isu sindiket penjualan kad pengenalan kepada warga asing https://t.co/ByYRr8NO2e

Mathis Sarawanan Persoal Tindakan RSN Rayer Bela Suspek Jual MyKad

KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menjadi peguam membela salah seorang yang didakwa terlibat dengan sindiket penjualan MyKad mengecewakan.

Itu kata Exco Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Kebangsaan, Mathis Sarawanan yang berpendapat tindakan wakil rakyat DAP itu sesuatu yang ‘tidak patut’.

Sambil mengakui kebenaran seseorang yang dihadapkan ke mahkamah tidak bersalah sehingga terbukti namun dalam kes itu ia dianggap berbeza.

Mathis yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Bayan Baru berkata, tuduhan yang dilemparkan kepada tertuduh iaitu, Datuk Lai Chin Wah itu membabitkan tuduhan khianat kepada negara dan kes itu berkaitan dengan kedaulatan Malaysia.

“Saya tidak faham langsung sebenarnya, apa sebenarnya keperluan seorang wakil rakyat yang telah diundi dan diberikan kepercayaan tidak berbelah bahagi lagi-lagi dari parti pemerintah untuk melibatkan diri dalam kes besar dan amat sensitif seperti ini?

“Apa pandangan pengundi Parlimen Jelutong?

“Kalau ikut saya, lebih baik untuk Rayer yang selama ini banyak bercakap tentang keadilan serta pengkhianatan kepada rakyat ini supaya tidak terlibat dalam kes-kes begini, bukan satu keperluan pun.

“Banyak lagi kes lain YB, mengapa yang ini? Tolong sensitif sedikit,” katanya kepada MalaysiaGazette semalam.

Mathis mengulas laporan berita yang melaporkan Rayer yang mewakili tertuduh kedua, Datuk Lai Chin Wah memohon mahkamah membenarkan anak guamnya membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul, diludah dan dipaksa menandatangani dokumen tidak diketahui kandungannya ketika dalam tahanan polis.

Hakim kemudian membenarkan permohonan peguam tertuduh.

Terdahulu semalam, pasukan pembelaan kes enam individu terbabit dalam sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta MyKad secara tidak sah kepada warga asing mengemukakan bantahan untuk tidak memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Peguam, Mohd. Hisham Mohd. Nazir yang mewakili Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang, Mohd. Faizul Arifin memaklumkan kepada mahkamah untuk membantah permohonan itu ke Mahkamah Tinggi dan meminta kes dikekalkan di Mahkamah Sesyen.

Permohonan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang, Yusaini Amer Abdul Karim memohon kes enam individu itu didakwa di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dipindah ke Mahkamah Tinggi. – MalaysiaGazette

Syahril A. Kadir
8 jam

SAYA bangga dengan beliau. Dan hari ini saya cemburu dengan insan ini. Beliau adalah wartawan lulusan UIA yang berjaya membongkar isu penjualan kad pengenalan oleh pegawai kerajaan kepada warga asing.

Orangnya kecil molek tetapi penanya ternyata berbisa. Sewaktu saya menjadi Ketua Meja Jenayah dan Laporan Khas Sinar Harian, dia baru melaporkan diri sebagai wartawan dan ditempatkan di unit saya. Kemudian dia memasuki Harian Metro manakala saya ke TV Al Hijrah.

Tahniah Shamsul Munir Safini, maaflah kalau ada tertengking, termarah masa dengan aku dulu. Aku salute ko bro!


Shamsul Munir Safini
9 jam

Genap seminggu aku laporkan berita penjualan Mykad negara kepada warga asing di Harian Metro #hmhm.

Berita tu aku tu disiarkan JAM 1.44 PAGI 11 SEPT. Masa tu pikiaq macam-macam. Aku jenih yang setiap kali feed sesuatu news akan pastikan semua fakta betul kalau dak hang mampuih. Tapi aku percaya sumber aku dan depa bukan calang2 orang, pastu 10 kali kot sahkan ngn individu- individu (rahsia) dr jabatan kerajaan.

Sebelum klik 'send' aku istighfar baca bismillah banyak-banyak, sbb apa? Sebab berita sebegini akan cetus macam-macam, risau dengan pendedahan macam ni. Aku buat geram, send trus.

Lepas tgok berita publish awal pagi tu, aku x boleh tidoq sampai pagi sebab standby panggilan telefon selain dada dok berdebaq ja.. Sekali btoi, mmg ramai call, Putrajaya, IPK, JPN, member2. Di Whatsapp usah cerita. Sampai setengah hari diburu 'hunter '.

Selepas beberapa hari, kena 112, semua smooth sbb yg handle semua kawan2 jugak.

Alhamdulillah fasa pertama Ops Biru selesai dengan jayanya .

SEMALAM fasa kedua Ops Biru (sempena ic biru) mula digerakkan. RAMAI lagi yang sedang diburu, risikan pelbagai jabatan digerakkan, tapi tak perlu semua diceritakan.

Aku harap barua, pelaq, tali barut, kambing, ayam nih semua dicekup polis. Kita semua tolong pakat lapor, kita tolong salurkan maklumat.

Kepada abam2 polis diluar sana saya ucapkan terima kasih dan sama-sama. Jom bertugas demi kedaulatan negara, cuma nak habaq, saya bukan nak kacau, cuma nak amik tau dan bagitau.. 😅👍


70418054_10217165978195403_3489987100701360128_n.jpg


71303830_10217165978475410_2157827604286013440_n.jpg


70917146_10217165978875420_3501925718214836224_n.jpg


70553441_10217165979115426_5962453284558995456_n.jpg



71001169_10217165979715441_3608698626668232704_n.jpg


71188486_10217165980075450_6302197554293506048_n.jpg


71016305_10217165980675465_8096426309770543104_n.jpg


70427151_10217165981275480_2111395966979407872_n.jpg


70813796_10217165981795493_8184019895734763520_n.jpg


Sebutan semula kes jual sijil lahir, MyKad tidak sah hari ini

463398.jpg


GEORGETOWN - Kes enam lelaki termasuk seorang Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang yang didakwa mengeluar dan menjual dokumen pengenalan diri kepada warga asing akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Bernama difahamkan pada prosiding hari ini yang dijadualkan bermula pada jam 2.30 petang, pihak pendakwaan akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah itu untuk kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada 12 September lalu, kesemua mereka yang berumur antara 34 dan 66 tahun itu didakwa di Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.


Jual MyKad - Mengkhianati Negara

15.09.2019 - Putrajaya, Kerajaan menyifatkan penjualan dokumen MyKad dan sijil kelahiran kepada warga asing yang turut membabitkan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini, sebagai pengkhianatan besar terhadap negara.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak yang terbabit secara langsung atau bersubahat dalam sindiket terbabit.

Katanya, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Ruslin Jusoh, diarah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan membabitkan kes berkenaan atau berkaitan.

“Penangkapan 20 individu termasuk pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang terbabit dalam sindiket penjualan MyKad dan sijil lahir kepada warga asing baru-baru ini adalah pengkhianatan besar kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, 20 individu termasuk kakitangan JPN Pulau Pinang ditahan polis bagi membantu siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing.

Mereka ditahan dalam serbuan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Bahagian (D14) Siasatan Jenayah Terancang Bukit Aman.

Pada 12 September lalu, seorang lelaki bergelar Datuk dan pegawai di JPN Pulau Pinang adalah antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang atas 32 pertuduhan membabitkan aktiviti penjualan MyKad dan dokumen pengenalan sah kepada warga asing.

Muhyiddin berkata, KDN bertanggungjawab atas proses permohonan kad pengenalan diri di Malaysia.

Katanya, permohonan yang lengkap akan diproses secara adil.

“Orang ramai dinasihatkan mengikut proses itu dan tidak mendapatkan apa juga jenis dokumen melalui saluran yang tidak betul.

“Mereka yang mempunyai maklumat mengenai sindiket pengeluaran dokumen secara tidak sah perlu menghubungi PDRM untuk tindakan lanjut,” katanya.

muhyiddin.jpg


Berita asal https://www.sabahpost.net/2019/09/14/jual-mykad-bermakna-khianati-negara-muhyiddin/

Kesimpulan Berita TheStar.MY

"Kesemua suspek ditahan dengan 32 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini kerana memalsukan sijil kelahiran Malaysia dan MyKad dan menjual dokumen itu kepada orang asing. Penolong Pengarah JPN Mohd Faizul Arifin, 34, menghadapi 11 pertuduhan - dua di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Akta Anti Penyeludupan Migran 2007, empat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Seksyen 25 (1) i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Lima lagi ialah Datuk Lai Chin Wah, 56, Loh Chan Cheong, 34, Chien Guan Chai, 36, Yap Cheng Wah, 44, dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 56.

Mohd Faizul didakwa memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan Malaysia di bawah nama Ewe Chor Beng dan Tan Xiu Xiu, serta mengeluarkan kad pengenalan di bawah nama Lim Hock Eng, Yang Xiaohong dan Pheh Jin Leong, yang semuanya adalah warga negara China.
"

bukan_8_tetapi_1000.jpg


Berita asal https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/09/13/nrd-officer-sold-mykad

1,000 miliki MyKad 'sah'

14hmkado_1568427002.jpg

SEMUA warga asing yang membeli MyKad sah ini bukan individu biasa.

PERCAYA atau tidak, lebih 1,000 warga asing yang memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini selepas gagal memiliki pasport untuk keluar ke negara asal masing-masing.
Sumber berkata, lebih mengejutkan, jumlah itu direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei dan tidak bagi tahun sebelumnya.
Katanya, pihak berkuasa menerima maklumat bahawa semua lelaki dan wanita warga asing ini datang dari beberapa negara dan memiliki MyKad sah yang dikeluarkan segelintir individu pengkhianat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bersubahat dengan sindiket.

“Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak dua bulan lalu, ribuan MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain.

“Sindiket ini bijak beroperasi dan mempunyai langkah keselamatan sekiranya operasi mereka gagal atau penipuan mereka dikesan,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian pada 16 Mei lalu seorang wanita warga China yang memiliki MyKad mahu memohon pasport negara namun gagal kerana tidak dapat berbahasa Melayu.
Sumber berkata, wanita berkenaan tidak datang ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri berseorangan, malah bersama beberapa wanita warga asing lain yang memiliki MyKad sah.
“Selepas wanita warga China berkenaan gagal memperdaya anggota dan pegawai yang bertugas bagi mendapatkan pasport, semua wanita yang datang bersamanya melarikan diri.
“Kumpulan wanita yang melarikan diri ini adalah antara 1,000 warga asing yang masih berada di dalam negara dan sedang mencari jalan untuk keluar atau terus bersembunyi di negara ini,” katanya.
Menurutnya, kumpulan wanita yang berjaya melarikan diri ini akan mencuba nasib memohon pasport di cawangan JIM lain seluruh negara.
Sumber berkata, sindiket akan menyediakan runner bagi membantu memberi tunjuk ajar atau perantara antara mereka dengan pihak berkuasa.
Menurutnya, kejayaan memberkas 20 individu termasuk seorang pegawai di JPN Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit dengan penjualan MyKad sah dan dokumen kelahiran baru-baru ini adalah permulaan kepada pendedahan yang lebih besar sindiket jenayah terancang ini.
Menurutnya, semua warga asing yang membeli MyKad sah ini bukan individu biasa, ia kerana wanita warga asing yang diberkas pada 16 Mei lalu mampu menyewa sebuah pangsapuri dengan harga hampir RM100,000 satu malam.
“Mereka mempunyai niat tidak baik di negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai tempat menjalankan operasi haram.
“Selepas memiliki MyKad dan pasport Malaysia mereka bebas bergerak dan melarikan diri jika diburu pihak berkuasa menggunakan identiti lain,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan lelaki bergelar Datuk, pegawai kerajaan, anak dan bapa mentua antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, kelmarin atas 32 pertuduhan membabitkan aktiviti penjualan MyKad dan dokumen pengenalan sah kepada warga asing.


Polis giat kesan anggota sindiket jual MyKad

Polis sedang giat mengesan beberapa lagi anggota sindiket yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan (MyKad) secara tidak sah di Pulau Pinang. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T. Narenasagaran berkata, ketika ini pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.


JPN kaji semula prosedur pengeluaran kad pengenalan, sijil kelahiran

SINDIKET_MYKAD_PALSU_JPN_PULAU_PINANG_37591646_1568283129.jpg


PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan akan mengkaji semula dan membuat penambahbaikan prosedur pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan.

JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bagi memastikan tiada ruang penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, pihaknya akan memastikan proses pengeluaran dokumen sentiasa dibuat secara teratur dan mengikut peruntukan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959.

“JPN mengulangi pendirian tegas bahawa tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai dan kakitangan yang terbabit dalam pengeluaran dokumen pengenalan diri secara tidak sah.

“JPN tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan kakitangan jabatan yang didapati terbabit dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

Tambah kenyataan itu, JPN sudah memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melengkapkan siasatan mereka.

“Siasatan dalaman di peringkat JPN juga sedang dijalankan bagi memastikan tiada kes seumpama ini berlaku lagi,” katanya.

Hari ini, enam individu berusia dalam lingkungan 30-an ke 60-an dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, Pulau Pinang atas 32 pertuduhan membabitkan aktiviti penjualan MyKad dan dokumen pengenalan diri kepada warga asing.

Mereka didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 4(5) Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 466 Kanun Keseksaan.

BH melaporkan kejayaan polis dan jabatan kerajaan lain membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China di negeri ini yang didalangi seorang pegawai JPN negeri.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen Malaysia membuat laporan polis berikutan permohonan seorang wanita warga asing yang cuba memohon pasport negara ini dengan mengemuka MyKad sah, namun tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Mei lalu.

Polis melalui operasi khas berjaya membongkar sindiket berkenaan yang dikatakan mengaut keuntungan antara RM100,000 hingga RM600,000 hasil jualan MyKad berkenaan kepada warga asing.





Kakitangan JPN Tawau Tidak Mengaku Terima Rasuah - Kes Lain

12.09.2019 - Tawau, Dua Pembantu Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengaku tidak bersalah meminta rasuah di Mahkamah Khas Rasuah, Tawau, hari ini.

Kedua-dua tertuduh, Azmi Amir Lunji, 42, dan Yuliana Saat, 44, membuat pengakuan itu dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut kertas pertuduhan, Azmi dan Yuliana yang bertugas di Cawangan JPN Semporna, masing-masing secara rasuah meminta daripada seorang wanita dikenali sebagai Sufiah Said satu suapan wang tunai RM2,000 pada 26 April 2017.

Perbuatan itu dilakukan sebagai dorongan untuk menerima, memproses dan meluluskan permohonan pendaftaran kad pengenalan dua anak kembar wanita itu yang memasuki usia 12 tahun.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basirudin manakala Azmi dan Yuliana masing-masing diwakili peguam Ariel Christopher Dasan dan Datu Baginda Laja.

Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan wang jaminan RM10,000 dengan beberapa syarat tambahan antaranya kedua-dua tertuduh perlu melaporkan diri di mana-mana pejabat SPRM terdekat dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan juga memohon perintah mahkamah supaya tertuduh tidak mengganggu atau mendekati saksi pendakwaan.

Hakim kemudiannya menetapkan ikat jamin RM10,000 kepada kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin tempatan dan deposit RM5,000 dibayar kepada mahkamah, hari ini.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh melapor diri dua bulan sekali di pejabat SPRM dan menetapkan 15 November depan untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

tawau_1568289074.jpg



Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/09/495999/kakitangan-jpn-tidak-mengaku-terima-rasuah

Senyuman Bongkar Rahsia

12.09.2019 - Kuala Lumpur, Melantik ejen dan mengenakan bayaran RM50,000 hingga RM100,000 kepada mana-mana warga asing mendapatkan MyKad dan menjadikan mereka warganegara Malaysia.

Itu modus operandi seorang pegawai kanan JPN Pulau Pinang berumur 40-an yang bersekongkol dengan seorang ejen atau runner yang ditugaskan mencari pelanggan berminat mendapatkan MyKad.

Namun, sebaik berjaya menjual enam MyKad, kegiatan pegawai kanan terbabit dibongkar selepas diberkas polis bersama seorang lelaki yang juga runner serta seorang wanita warga asing yang membeli MyKad diluluskan pegawai berkenaan.

Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas seorang warga China yang membeli MyKad berkenaan tampil di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk membuat pasport, minggu lalu.

“Wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke imigresen negeri untuk membuat pasport Malaysia dengan mengemukakan MyKad miliknya yang sah.

“Namun, status kewarganegaraan wanita itu diragui selepas berlaku masalah komunikasi dengan pegawai bertugas.

“Wanita terbabit gagal menjawab semua soalan yang diajukan di dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya tersenyum,” katanya.

Katannya, pegawai Imigresen yang curiga dengan kejadian itu kemudiannya membuat laporan polis.

Sumber itu berkata, susulan laporan itu, wanita warga China terbabit ditahan polis sebelum satu pasukan khas terdiri daripada Cawangan Khas, Unit Siasatan Jenayah Terancang (D14) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kontinjen Pulau Pinang ditubuhkan bagi mengesan kegiatan pegawai kanan berkenaan.

“Hasil intipan dan siasatan, pasukan khas berkenaan menahan pegawai kanan JPN terbabit di pejabatnya sebelum menahan seorang lagi lelaki dipercayai ejen atau runner kepada pegawai kanan terbabit manakala wanita asing berkenaan ditahan lebih awal,” katanya.

Menjelaskan lanjut, sumber itu berkata, modus operandi sindiket menggunakan ejen yang akan membawa butiran pelanggan untuk diproses kepada pegawai kanan berkenaan selepas menerima bayaran.

“Semua urusan tunai. Satu MyKad dijual antara RM50,000 hingga RM100,000,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JPN berkata, pihaknya menunggu siasatan penuh dijalankan polis sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penahanan pegawai kanan di agensi berkenaan.


Dakwa Pegawai Kanan JPN Pulau Pinang

Seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang akan didakwa di Mahkamah Sesyen 2 Georgetown, jam 9 pagi hari ini berhubung kes penjualan MyKad kepada warga asing di negeri ini.

Sumber Pejabat Pendakwaraya negeri berkata, tertuduh yang juga Penolong Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, JPN Pulau Pinang (JPN) berusia 40-an berkenaan dijadualkan dituduh hari ini.

Menurutnya, suspek ditahan di JPN Pulau Pinang minggu lalu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Harian Metro hari ini melaporkan kes penahanan seorang pegawai kanan JPN oleh polis susulan pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada seorang warga China di negeri ini, baru-baru ini.

Dalam operasi khas minggu lalu, suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat Jabatan Imigresen negeri (JIM) mengenai wanita warga China yang memiliki MyKad yang sah cuba memohon pasport Malaysia.

mykad-1.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2019/09/495809/senyuman-bongkar-rahsia

Hukum gantung, pengeluaran Mykad letak bawah ATM

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi menuntut kerajaan mengenakan tindakan hukuman gantung mandatori terhadap pesalah rasuah yang menjual MyKad dan pasport kepada warga asing.


Hukuman itu setimpal sebagai pengajaran dan tauladan kerana menjual kerakyatan seperti MyKad dan pasport adalah perbuatan yang mencabul kedaulatan negara, kata presidennya, Datuk Norashikin Abdul Ghani.

“Di negara seperti China dan Vietnam hukuman mati dilaksanakan ke atas pesalah dan pelindung jenayah rasuah kerana mereka mengkhianati bangsa dan negara.

Ketika ini, kata Norakshikin, rakyat sedang marah, kecewa dan berdukacita dengan kegiatan penjualan MyKad yang dipercayai didalangi oleh pegawai JPN.

“Kredibiliti JPN untuk mengeluarkan MyKad dipertikaikan, mungkin organisasi itu wajar diletak dibawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia.

“Jabatan Imigresen juga diminta memperketatkan peraturan mengeluarkan pasport manakala PDRM perlu meningkatkan pemantauan bagi mengesan pemilik MyKad sindiket.
,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebagai negara yang ada undang-undang, segala tindakan mengurangkan hukuman terhadap sindiket tidak dapat diterima kerana kegiatan itu sudah lama khususnya di Sabah dan kini berleluasa di Semenanjung.

Jika tiada sebarang usaha untuk mencegah, akan menyebabkan negara kita akan hilang identiti malah hak rakyat diceroboh sewenang-wenangnya oleh warga asing, kata Norashikin. – MalaysiaGazette

MGF09092019_LOGO-JPN02.jpg

6 Termasuk Pegawai JPN Pulau Pinang Di Dakwa Jual MyKad

12.09.2019 - Georgetown, Enam lelaki termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dihadapkan ke mahkamah dengan 32 pertuduhan melibatkan sindiket penjualan dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran kepada warga asing.

Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin, 34 menghadapi 11 pertuduhan iaitu dua pertuduhan mengikut Seksyen 26 E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima pertuduhan mengikut Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Sebelum ini media melaporkan, tertuduh yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) itu akan dihadapkan di mahkamah atas beberapa pertuduhan bersama beberapa individu lain susulan pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang, baru-baru ini.

457921.jpg


Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...k-Pegawai-JPN-Pulau-Pinang-didakwa-jual-Mykad

Tiada laporan warga China diberi MyKad, kata SPRM

Latheefa-Koya-Sabah-110919.jpg


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung dakwaan warga China diberikan MyKad.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya bagaimanapun berkata agensi antirasuah itu boleh memulakan siasatannya sendiri jika ia menerima maklumat boleh dipercayai berhubung perkara berkenaan.

“Kes MyKad dan kad pengenalan palsu (dijual) bukan perkara baru. Jika ada sindiket sedemikian, kami tentu akan memulakan siasatan,” katanya kepada wartawan di sini, hari ini.

“Kita sebenarnya boleh bertindak tanpa laporan rasmi, tetapi buat masa ini, kami belum terima aduan atau sebarang maklumat, hanya daripada laporan berita.”

Hari ini, Harian Metro melaporkan beberapa pegawai kerajaan berpangkat tinggi ditahan dalam operasi khas pada minggu lalu bagi membantu siasatan berhubung kegiatan menjual MyKad kepada warga China di Pulau Pinang.

Akhbar itu melaporkan polis turut menahan beberapa individu dalam satu operasi sulit kerana disyaki terbabit dalam penjualan MyKad berjumlah RM350,000 kepada warga asing.

Sumber dipetik akhbar itu berkata, sindiket terbabit terbongkar susulan laporan Jabatan Imigresen Pulau Pinang berhubung seorang wanita China berusia 25 hingga 30 tahun yang mahu membuat pasport Malaysia menggunakan MyKad sah.

Pada 9 September lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berhubung pemberian MyKad kepada warga China untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini.

Media dimaklumkan, kes pemberian 5 MyKad itu tiada kaitan dengan JPN kerana ia berpunca daripada sindiket penipuan, manakala seorang lagi wanita China diberikan MyKad kerana beliau berkahwin dengan warganegara Malaysia hampir 20 tahun.

Ketua Pengarah JPN, Ruslin Jusoh berkata, wanita itu yang memiliki status Penduduk Tetap dan kad pengenalan merah, diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia pada September 2017 mengikut Perkara 15 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai pasukan petugas SPRM mengkaji kes yang memerlukan tindakan punitif susulan pendedahan dalam laporan ketua audit negara terbaru, Latheefa berkata, agensi itu sedang meneliti beberapa kes membabitkan rasuah.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua kes mengandungi unsur jenayah.

“Sesetengah kes boleh diteliti untuk tindakan disiplin manakala yang lain untuk menghentikan ketirisan. Tetapi, ada kes dengan unsur jenayah yang kami sedang siasat.”

Latheefa percaya kes berkaitan rasuah berkurangan sejak kerajaan baru mengambil alih.

Katanya, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad masih menyokong usaha anti-rasuah.

“Hanya ada beberapa kes besar membabitkan jumlah dana banyak dan personaliti besar. Nama-nama ini disiarkan dalam media sehingga menjadi sensasi.

“Ini menyebabkan persepsi rasuah berlaku setiap hari, tetapi kadangkala ia sebenarnya adalah kes sama.

“Kita tidak kata ia bersih sepenuhnya – ada aduan yang diterima. Tetapi, ia bukannya berleluasa seperti dahulu.”


Kes sijil lahir, Kad Pengenalan tidak sah: Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan lima individu didakwa di Mahkamah Sesyen atas 32 tuduhan.


Alih Bahasa

12.09.2019 - Georgetown, Mohd Faizul Arifin dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lima orang lagi hari ini terkena 32 tuntutan memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan Malaysia (MyKad) dan menjual dokumen-dokumen tersebut kepada orang asing dari China.

Mohd Faizul, yang merupakan penolong pengarah JPN dan ditangkap pada 20 Ogos, mempunyai caj paling banyak pada 11, hampir satu pertiga daripada jumlah keseluruhan.

Dua tuduhan itu adalah di bawah Akta Anti Perdagangan dan Penyeludupan Anti Migrasi 2007, empat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Lelaki berusia 34 tahun itu didakwa terlebih dahulu mengeluarkan MyKad palsu kepada Yang Xiaohong pada 4.31 petang pada 20 September tahun lepas yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun, atau denda tidak lebih daripada RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan serupa antara 11.18 pagi pada 27 Disember tahun lepas dan 5.17 petang 3 Mei tahun ini dengan mengeluarkan MyKad palsu kepada Pheh Jin Leong, Tan Xiu Xiu, Lim Hock Eng dan Ewe Chor Beng.

Dia juga didakwa memalsukan dokumen rasmi di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Dia didakwa memalsukan sijil kelahiran Malaysia dan MyKads untuk Ewe Chor Beng dan Tan Xiu Xiu antara Januari dan April tahun ini.

Akhirnya, dia dituduh membantu dalam menyeludup masuk migran ke negara yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 26E Akta Anti Perdagangan dan Penyeludupan Migran Akta 2007 yang membawa hukuman penjara antara tujuh dan 15 tahun atau denda tidak kurang daripada RM50,000 tetapi tidak melebihi RM500,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa mengeluarkan dokumen pengenalan palsu, sijil kelahiran Malaysia dan MyKad kepada Ewe Chor Beng antara Januari hingga Februari tahun ini.

Mohd Faizul didakwa melakukan kesemua 11 kesalahan di pejabat JPN Pulau Pinang di Bangunan Persekutuan di Jalan Anson.

Lima lagi didakwa di bawah Seksyen 26E Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dalam kesalahan-kesalahan lain.

Seksyen 109 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Loh Chan Cheong, 34, dan Yap Cheng Wah, 44, masing-masing menghadapi empat pertuduhan berbeza kerana didakwa menjual sijil kelahiran Malaysia dan MyKad kepada Ewe Chor Beng dan abang Mohd Faizul dalam membuat dokumen untuk Ewe.

Chien Guan Chai, 36, menghadapi dua tuduhan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 kerana menjual sijil kelahiran Malaysia dan MyKad kepada Ewe Chor Beng.

Chien kemudian menghadapi empat lagi pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan Mohd Faizul untuk memalsukan sijil kelahiran dan MyKads untuk Ewe Chor Beng dan Tan Xiu Xiu.

Mohd Faizal Tan Abdullah, 66, menghadapi dua tuduhan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 kerana menjual sijil kelahiran Malaysia dan MyKad kepada Ewe Chor Beng.

Akhirnya, Lai Chin Wah, 56, menghadapi tiga tuduhan di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 kerana menjual sijil kelahiran Malaysia, MyKad dan pasport kepada Ewe Chor Beng.

Dia juga didakwa bersubahat dengan Mohd Faizul dalam memalsukan sijil kelahiran Malaysia dan MyKad untuk Ewe Chor Beng.

Kesemua 32 pertuduhan terhadap enam dibacakan secara berasingan dalam dua mahkamah sesi sebelum hakim Salha Hamzah dan Mazdi Abdul Hamid.

Kes-kes tersebut ditetapkan untuk sebutan pada 18 September.

Semua enam lelaki dipercayai menjadi sebahagian daripada sindiket menjual palsu MyKad dan sijil kelahiran Malaysia kepada warganegara China.

Polis mendedahkan butiran sindiket itu semalam dan percaya bahawa sindiket itu antara RM100,000 hingga RM600,000 yang menjual MyKads kepada orang asing dan telah menahan lebih 20 individu berkaitan dengan kes itu.

https://media.hatred contents/uploads/articles/2019/2019-09/20190912_PENANG_JPN_IDCARD_FRAUD_MYKAD_01.JPEG

Berita asal https://www.hatred contents/news/ma...rial-to-faking-and-selling-mykad-to-c/1789802

Sponsored Post

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
3,039
Reaction score
790
Points
81
Hari tu beria nafi, rupanya memang betui2 ada jual mykad ........... Memang sah pula mykad tu
 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,804
Reaction score
639
Points
81
Ini dia pengkhianat bangsa dan negara

Jawatan dah timbalan pengarah

Harap2 x ada menteri yg pertikai cara siasatan pegawai JIM dengan cara check kebolehan komunikasi tu...
 

moore426559

Super Active Member
Joined
May 11, 2012
Messages
9,095
Reaction score
892
Points
111
Maknanya mmg ada sindiket mcm ni. Boleh jd KLIA2 problem hari tu pun sbb sindiket ni yg sabotaj.
 

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,407
Reaction score
102
Points
83
wow ....baru buka tingkap dah masyuk.

inilah pengarah2 jarang turun bergaul dgn rakyat bawahan, nak berkawan dgn golongan bisnesman aje... maka byklah berlaku rasuah/ kurapsi.
 

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
yang jenis jual negara ni...mmg layak bagi hukuman yang seberat semaksimum mungkin. takde maaf bagi mu. jangan bagi peluang dah.
 

stonecold88

Active+ Member
Joined
May 31, 2009
Messages
4,230
Reaction score
791
Points
71
Wow...satu mycard dpt jual rm350,000..tu yg kantoi....yg tak kantoi plak dah berapa banyak agaknya...pengkhianat untuk negara
 

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
2,287
Reaction score
129
Points
43
rasanya mmg ade dgr kalu warga asing nk dpt mykad tp status PR kena paham bahasa melayu jugak...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register