BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Pegawai Adat, Penjawat Awam Ditahan Kes Rasuah Jual Tanah RM900,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bekas Pegawai Adat, Penjawat Awam Ditahan Kes Rasuah Jual Tanah RM900,000​

7fe93c11b6be97bd928acb24b7bbdae96984651c6638a


Empat individu termasuk seorang bekas pegawai adat dan penjawat awam direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket penjualan tanah melibatkan rasuah kira-kira RM900,000.

Perintah reman hingga 27 Ogos itu dikeluarkan Majistret Flavian Edward Henry selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

Menurut sumber bekas pegawai adat dan penjawat awam itu dipercayai menerima suapan daripada dua broker tanah bagi melancarkan urusan transaksi penjualan tanah berkenaan pada tahun lepas.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tanah yang terlibat dalam urusan tersebut merupakan milik individu lain malah tidak pernah ditawarkan untuk dijual,” kata sumber.

Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 60-an itu ditahan antara 4 petang hingga 8 malam semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Keningau.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua individu terbabit bagi membantu siasatan.

Beliau memberitahu kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 
Back
Top
Log in Register