BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pecut bila nampak polis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Suspek berjaya diberkas di SS14, petang semalam
< 1 / 2 >
SUBANG JAYA – Sangkaan sekumpulan penyamun bahawa anggota polis tidak membuat rondaan ketika hujan lebat membawa padah apabila dua daripada lima ahli geng itu berjaya diberkas, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna hitam dikatakan sedang tercari-cari sasaran di Jalan SS 14/5D untuk dijadikan mangsa samun mereka.

Tindak tanduk mereka yang mencurigakan berjaya dikesan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, anggota URB cuba menahan kereta suspek di Jalan SS14/8F untuk pemeriksaan namun pemandu kereta menghimpit motosikal anggota.

Disebabkan cuak melihat kehadiran polis, suspek terus memecut kenderaan secara melulu sebelum terbabas dan melanggar tembok batu sebuah rumah di SS14.

Menurutnya, anggotanya kemudian menghadang kenderaan suspek menggunakan motosikal.

Kesemua suspek keluar dari kereta dan terus melarikan diri menuju ke arah Lebuhraya Kesas.

“Selepas berlaku pergelutan seorang daripada mereka berusia lingkungan 20-an berjaya diberkas di lokasi kejadian. Seorang lagi diberkas sejurus selepas itu,” katanya.

Yahaya berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan menemui lima bilah parang disembunyikan bawah tempat duduk penumpang di belakang.

Turut ditemui, tiga telefon bimbit, beberapa topeng muka dan mulut, pemutar skru dan dokumen dipercayai milik mangsa samun.

Pemeriksaan mendapati kereta itu pernah dilaporkan hilang di Taman Sentosa, Klang 14 November lalu.

Katanya, kumpulan penjenayah dikenali sebagai geng topeng dipercayai bergiat aktif dalam kegiatan samun dan melarikan kenderaan.

“Polis memburu tiga lagi rakan suspek untuk bantu siasatan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pecut-bila-nampak-polis-1.226693
 
tengok polis macam tengok hantu..:))
 
bukan geng topeng ni tp geng kelling...
 
Perghh ... respeklah abg polis ...mujur xkena libas
 
kawasaki tu,bukan kapcai.hahaha
 
berbaloi jugak upgrade moto abam2 polisi nih
 
Back
Top
Log in Register