TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
PASIR PUTEH - Polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di rumah tidak bernombor di Taman Farhana, Cherang Tuli di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd Kamal Zainal berkata, dalam serbuan pasukan bertindak khas diketuai Inspektor Siti Nur Aishah Zainuddin jam 12.45 malam itu turut menemui pelbagai barangan dipercayai dicuri.
Katanya, polis menahan tuan rumah berusia 45 tahun berasal dari Kampung Batu Hitam di sini dan rakannya, lelaki berusia 19 tahun berasal dari Kuala Krai.
“Ketika serbuan dilakukan isteri dan anak tuan rumah ada bersama dan selepas membuat pemeriksaan, kami menemui pelbagai barangan seperti set Home Theater, TV LCD 32 inci, telefon bimbit, kasut dan kunci kereta.
“Kita juga menemui beg berisi peralatan yang dipercayai digunakan suspek untuk pecah rumah dan mencuri seperti pemutar skru, spanar, pisau dan tukul. Mereka yang didapati positif dadah direman mula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh di sini, semalam.
Mohd Kamal berkata, lelaki berusia 19 tahun itu memiliki beberapa rekod jenayah dan sememangnya dikehendaki polis.
Menurutnya, beliau yakin dengan penahanan dua suspek itu dapat membantu menyelesaikan beberapa kes yang berlaku di Selising dan sekitar bandar Pasir Puteh.
‘Kedua-dua suspek merupakan sasaran kami dan akhirnya kami berjaya memerangkap mereka selepas membuat siasatan dan intipan.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan maklumat dan berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan bagi mengurangkan kadar jenayah di daerah ini,” katanya.