Print_Screen
Super Active Member
- Messages
- 5,921
- Joined
- Nov 13, 2010
- Messages
- 5,921
- Reaction score
- 231
- Points
- 73
Semua kereta peronda PDRM jenis Perodua Kancil yang digunakan akan digantikan dengan kereta keluaran Proton bermula November depan. - Gambar viral
KUALA LUMPUR, 20 Oktober: Bermula awal November depan, semua kereta peronda PDRM jenis Perodua Kancil yang digunakan akan digantikan dengan kereta keluaran Proton.
Menurut sumber, bagi kereta peronda Perodua Kancil yang digunakan oleh Ketua Balai Polis akan digantikan dengan model Iriz.
Manakala bagi balai besar pula, akan digantikan dengan model Suprima S.
“Majlis perasmian dan penyerahan kunci dijangka akan dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada awal November ini,” kata sumber itu.
Penggantian kereta peronda polis ini dilihat sebagai usaha PDRM meningkatkan imej dan integriti pasukan keselamatan.
Terbaru, lebih 1,200 buah kereta peronda model Inspira telah diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menggantikan 100 buah kereta peronda polis model Waja yang juga telah tamat tempoh pajakannya.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/20...#ixzz3p3zvxuDX
