BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PDRM Tawar Diskaun 50% Saman Trafik

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
31.08.2025 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan, dengan tawaran pengurangan saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebanyak 50 peratus bermula 31 Ogos sehingga 16 Sept ini. Menerusi kenyataan hari ini, KDN memaklumkan kempen dengan kerjasama MyDigital ID itu hanya sah untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID, sekali gus memastikan kemudahan ini khusus kepada rakyat Malaysia.

"Semua rakyat dipelawa mengambil tawaran keemasan pengurangan saman bagi melangsaikan tunggakan saman trafik PDRM. MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti digital yang sah dan dilindungi, memastikan akses yang lebih terjamin, sekali gus mengurangkan risiko penipuan identiti serta penyalahgunaan maklumat peribadi rakyat" menurut kenyataan itu.

KDN memaklumkan inisiatif sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62 itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh perkhidmatan digital negara. Dengan pelaksanaan ini, kerajaan melalui KDN dan PDRM menzahirkan komitmen untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, selain mengangkat agenda digitalisasi negara seiring dengan semangat kemerdekaan dan kemajuan Malaysia. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan sama berkata sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kerajaan mengambil pendekatan untuk bukan sahaja meraikan pencapaian negara, tetapi juga memberi manfaat terus kepada rakyat.

"Tawaran pengurangan saman ini, simbol penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia, selain menggalakkan penggunaan identiti digital nasional sebagai asas kepada transformasi digital perkhidmatan awam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil peluang ini, serta bersama-sama menyokong usaha kerajaan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan moden," katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bertemakan "Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" di Dataran Putrajaya akan bermula seawal 7 pagi esok, melibatkan 14,062 peserta daripada 81 kontinjen, 508 aset darat dan udara, tujuh kereta berhias, 116 ekor haiwan dalam perkhidmatan awam dan 21 kumpulan pancaragam.​

1756637992701.png
 
Kutipan Bayaran Saman Cecah RM7.2 Juta

30.12.2025 - Kira-kira RM7.2 juta hasil kutipan bayaran saman direkodkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur sejak 1 November lalu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, jumlah kutipan itu melibatkan 104,900 saman yang telah dijelaskan sepanjang tempoh berkenaan.

"Sambutan orang ramai pada peringkat awal pembukaan kaunter bayaran saman dilihat sederhana, namun kekal konsisten dengan kehadiran pengunjung setiap hari. Bagaimanapun, dalam tempoh dua hari kebelakangan ini, kehadiran meningkat dengan ketara apabila kira-kira 5,500 orang hadir untuk menjelaskan saman,” katanya pada Selasa.

Katanya, pihaknya membuka kemudahan tambahan susulan arahan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengarah JSPT bagi memastikan urusan pembayaran berjalan lancar serta teratur melibatkan enam khemah selain 19 kaunter bayaran saman dibuka di seluruh Kuala Lumpur.

"Daripada jumlah itu, 11 kaunter beroperasi di JSPT Kuala Lumpur termasuk tiga kaunter khas untuk warga emas dan orang kelainan upaya (OKU). Selain itu, tiga kaunter dibuka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, dua kaunter di Wangsa Maju dan tiga lagi di Dang Wangi, menjadikan keseluruhan 19 kaunter bayaran saman," katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menyediakan air mineral sebagai kemudahan asas kepada orang ramai.

"Langkah ini diharap dapat mempercepatkan urusan orang ramai serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka yang hadir menyelesaikan saman," katanya.
1767103310503.png
 
Polis Selangor Rekod 258,345 Penyelesaian Saman Trafik Bernilai Lebih RM19.5 Juta

31.12.2025 - Polis Selangor merekodkan penyelesaian 258,345 saman dengan nilai kutipan keseluruhan mencecah RM19.5 juta (RM19,511,350) menerusi Program Pengurangan Kompaun Saman 70 peratus yang dilaksanakan bermula 1 November sehingga semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata prestasi kutipan tertinggi diterajui oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan jumlah RM2.7 juta, diikuti IPD Petaling Jaya (RM2.1 juta) dan IPD Kajang (RM1.7 juta).

"Polis Selangor melihat satu trend positif yang mana penggunaan teknologi digital semakin diterima rakyat. Walaupun pembayaran secara tunai masih tinggi dengan kutipan RM10,059,470, kaedah e-payment menunjukkan angka yang sangat signifikan iaitu sebanyak RM9,451,880. Perimbangan ini membuktikan bahawa masyarakat kini lebih cenderung kepada urusan yang pantas dan efisien selaras dengan transformasi digital negara,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Polis Selangor turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang ramai atas komitmen yang diberikan dalam menjelaskan tunggakan saman.
1767154837290.png
 
Back
Top
Log in Register