BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Paskal The Movie - Siapa Dah Tengok?

Bole pergi dlm 26 juta rasa paling tinggi..skrg dah rampas ranking no 3 dari abg long padil 2
 
Paskal kutip RM30 juta

FILEM Paskal terus mencatat kejayaan manis apabila berjaya meraih kutipan RM30 juta sepanjang tempoh tayangannya bermula 27 September lalu.

Sehingga kini Paskal yang juga merupakan naskhah arahan Adrian Teh ini menjadi filem tempatan ketiga yang berjaya mendapat kutipan tertinggi selepas Munafik 2 dan Hantu Kak Limah.

Paskal yang diinspirasikan daripada kisah benar anggota elite Pasukan Khas Laut ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Namron, Taufiq Hanafi, dan Jasmine Suraya Chin danlain-lain.

Biarpun sudah hampir bulan ditayangakan, filem Paskal masih terus mendapat sambutan hangat di pawagam sehingga hari ini.


http://www.sinarharian.com.my/hiburan/filem-paskal-raih-kutipan-rm30-juta-1.902708
 
baru je tgk filem ni..

bagi aku, jln cerita bagus... pengajaran pn bagus...

tapi yg tak bagus, lakonan mcm tak berapa menjadi....

efek pon masih kurang..
yg menembak mcm x pandai langsung..

apapon, jln cerita mmg terbaik..bagus laa bole tanam semangat patriotik kpd yg berminat jadi askar..
 
Back
Top
Log in Register