stealthmovic
Active+ Member
- Messages
- 3,238
- Joined
- Oct 16, 2011
- Messages
- 3,238
- Reaction score
- 99
- Points
- 40
Pengurus Pemasaran Luno Malaysia, Aaron Tang.
KUALA LUMPUR: Pelabur di negara ini, khususnya golongan muda semakin yakin melabur dalam aset digital seperti mata wang kripto.
Ia susulan pelaburan dalam mata wang berkenaan meskipun memiliki kadar naik-turun yang tinggi, namun ia mempunyai beberapa ciri menarik yang menjadikannya sebagai aset pelaburan alternatif selain daripada pelaburan tradisi seperti saham dan komoditi.
Pengurus Pemasaran Luno Malaysia, Aaron Tang, berkata pihaknya mendapati pelabur Malaysia semakin yakin dengan idea menggunakan mata wang kripto sebagai kaedah yang sesuai untuk mencapai dan mengekalkan kekayaan dalam jangka panjang.
Katanya, 62 peratus daripada pelabur semasa menyatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk melabur dalam aset alternatif seperti mata wang kripto sebagai salah satu cara untuk mempelbagaikan portfolio mereka.
"Selanjutnya, 37 peratus responden tertarik kepada keupayaan mata wang kripto sebagai pelaburan jangka panjang dan 40 peratus menyatakan bahawa penggunaan mata wang kripto sebagai simpanan nilai alternatif adalah antara ciri menarik yang turut dimiliki oleh aset digital itu.
"Tambahan lagi, rakyat Malaysia mempunyai kesedaran mengenai pengurusan risiko apabila melabur di dalam mata wang kripto. Pada tahun ini, kita telah melihat beberapa hari di mana beribu-ribu rakyat Malaysia mendaftar akaun Luno setiap hari.
"Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat berminat dengan mata wang kripto sebagai kelas aset pelaburan," katanya dalam temu bual baru-baru ini.
Aaron berkata, pihaknya percaya penyertaan dalam pelaburan mata wang kripto akan terus meningkat jika pihak kerajaan dan industri meningkatkan usaha menggalakkan inisiatif pendidikan kewangan bagi mendidik masyarakat dengan lebih baik mengenai aset alternatif.
Katanya, menurut tinjauan, 34 peratus daripada mereka yang tidak melabur pada ketika ini menyatakan bahawa mereka akan mula melabur dalam mata wang kripto jika ada pendidikan kewangan yang lebih baik mengenai bagaimana untuk berdagang aset digital dengan betul.
"Sementara itu, 46 peratus daripada kumpulan yang sama berharap bahawa bursa aset digital yang dikawal selia tempatan akan turut menampilkan lebih banyak lagi sumber pendidikan kewangan yang mudah difahami.
"Ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak pengawal selia dan industri, bagi mempersiapkan para pelabur runcit dengan lebih baik untuk pasaran mata wang kripto.
"Walaupun ianya adalah satu petanda yang baik bahawa kebanyakan pelabur runcit memahami risiko yang berkaitan dengan perdagangan mata wang kripto dan cuba untuk menanganinya sebaik mungkin, kami merasakan bahawa jumlah pelabur yang benar-benar menjalani langkah penting ini adalah masih rendah," katanya.
Tambahnya, memandangkan semakin ramai pelabur runcit mula menunjukkan minat dalam aset digital, kami yakin bahawa ianya adalah sangat penting pada ketika ini untuk meningkatkan usaha dalam menggalakkan inisiatif celik kewangan bagi mendidik masyarakat mengenai potensi kegunaan kriptowang dengan lebih baik, serta strategi yang boleh digunakan untuk mengurangkan pendedahan risiko.
Luno Malaysia menjadi penyedia perkhidmatan kripto pertama di Malaysia yang memperoleh kelulusan penuh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada akhir 2019.
Menerusi platform Luno, ia menawarkan akses kepada pengguna di Malaysia melakukan tukaran ringgit kepada mata wang digital iaitu Bitcoin, Ethereum, Ripple serta Litecoin dan menguruskan dagangan aset mata wang kripto itu menerusi platformnya.
Pasaran kripto semakin diyakini pelabur Malaysia | Berita Harian
KUALA LUMPUR: Pelabur di negara ini, khususnya golongan muda semakin yakin melabur dalam aset digital seperti mata wang kripto.
