BTC USD 84,559.7 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaran Getah Ditutup Rendah

7a1601f75975ab4deafa370b28a39ef85e3a3cd13b44c


Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan ringgit mengukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran lemah berikutan peniaga mendapat pandangan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat untuk mengekalkan kadar faedah rendah.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent merosot 1.21 peratus kepada US$61.49 setong.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang selepas Fed menurunkan kadar faedah seperti dijangka serta kemerosotan pengeluaran getah tempatan dan prestasi ekonomi China yang kukuh pada suku ketiga,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot sembilan sen kepada 721.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan dua sen kepada 575.5 sen sekilogram.

 
Back
Top
Log in Register