BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Pasaran Getah Ditutup Rendah​

e392ff7a6e22e9734493799459b7b06d685c251f8caaa


Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah dan dolar AS yang lebih kukuh dalam sentimen bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Beliau berkata harga minyak menyusut pada Selasa selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan bahawa beliau telah menghentikan serangan yang dirancang ke atas Iran bagi membolehkan rundingan untuk menamatkan konflik di Asia Barat.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 1.71 peratus kepada US$110.22 setong.

Katanya sentimen pasaran turut terjejas oleh ketidakpastian mengenai prospek kadar faedah Rizab Persekutuan AS dan kesan inflasi daripada konflik Asia Barat.

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai bekalan getah yang terhad, optimisme dalam ekonomi China dan harapan terhadap perjanjian damai Asia Barat,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menurun tiga sen kepada 890 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot lima sen kepada 775.5 sen sekilogram.

 
Back
Top
Log in Register