BTC USD 83,089.9 Gold USD 4,179.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaran Getah Ditutup Rendah

e392ff7a6e22e9734493799459b7b06d685c251f8caaa


Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, menurut seorang peniaga.

Sentimen pasaran semakin terjejas berikutan kemelesetan dalam ekonomi Amerika Syarikat akibat penutupan kerajaan yang berpanjangan.

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh keuntungan dalam harga minyak mentah, kebimbangan bekalan getah susulan hujan lebat di negara-negara pengeluar getah asli utama termasuk pengenalan insentif untuk membeli kenderaan elektrik (EV) di United Kingdom.

"Kerajaan Britain dijangka memperkenalkan pakej 1.5 bilion pound (RM8.3 bilion) bagi mempercepatkan peralihan ke EV," katanya kepada Bernama.

Beliau juga menambah Jabatan Meteorologi Thailand telah meramalkan hujan lebat akan berterusan di selatan Thailand hari ini, dengan liputan 70 peratus.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menurun sebanyak 3.0 sen kepada 727.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menyusut satu sen kepada 576.0 sen sekilogram.

 
Back
Top
Log in Register