BTC USD 83,873.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

e392ff7a6e22e9734493799459b7b06d685c251f8caaa


Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Jumaat, menjejaki pergerakan menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Peniaga itu berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh sikap berhati-hati dalam kalangan peniaga sambil mereka menunggu indeks inflasi utama Amerika Syarikat (AS), yang dijangka dikeluarkan lewat hari ini, untuk isyarat lanjut mengenai prospek kadar faedah AS.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kebimbangan berterusan mengenai kekurangan bekalan getah asli berikutan cuaca hujan di negara pengeluar,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat dan dijangka mengakhiri minggu ini dengan lebih rendah, di tengah-tengah lebihan bekalan dan permintaan menurun secara bermusim.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 menyusut 9.5 sen kepada 743.50 sen sekilogram manakala lateks pukal berkurang 3.0 sen kepada 569.50 sen sekilogram.

 
Back
Top
Log in Register