balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Habibah (dua, kiri) melihat demostrasi masakan oleh peniaga pasar tani Masjid Bandar Baru Air Itam semalam.
< 1 / 2 >
GEORGETOWN - Tiga pasar tani dalam masjid akan dibuka pada tahun hadapan berikutan sambutan menggalakkan.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Pulau Pinang, Habibah Sulaiman berkata, pasar tani khas dalam pekarangan Masjid Bandar Baru Air Itam mendapat reaksi positif orang ramai menyebabkan pihaknya bercadang membuka tiga lagi pasar tani khas di Seberang Perai.
Beliau berkata, Fama menerima banyak permohonan dari jawatankuasa kariah untuk mewujudkan pasar tani dalam kawasan masjid masing-masing.
Namun, ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum dapat direalisasikan.
"Kita berhasrat membuka lebih banyak pasar tani khas dalam kawasan masjid untuk melahirkan lebih ramai usahawan tani dalam kalangan penduduk setempat, .
"Dengan pembukaan tiga pasar tani khas, Fama menjangkakan dapat melahirkan lebih 150 usahawan lagi," katanya kepada media selepas merasmikan program MetFama 2014 (Media Tour) Pulau Pinang di pekarangan Majid Bandar Baru Air Itam, hari ini.
Menurutnya, sejak diperkenalkan di Masjid Bandar Baru Air Itam pada 8 Disember 2012, pelbagai aktiviti diadakan seperti jualan jimat belanja dapur (JBD), jualan terus dari ladang , karavan tani dan pasar bergerak 1Malaysia.
"Pengunjung bukan sahaja dapat membeli produk segar dari peniaga pasar tani tetapi barangan dijual lebih murah dan berkualiti," katanya.