BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasar raya perdaya pengguna

iswaraburuk

Legendary Member
gem
Messages
10,547
Joined
Sep 11, 2009
Messages
10,547
Reaction score
76
Points
120
LONDON 5 Dis. - Beberapa pasar raya besar boleh didakwa kerana dituduh memperdaya pembeli dengan maklumat yang mengelirukan dan tidak benar.

Kajian ke atas empat pasar raya besar iaitu Tesco, Asda, Sainsbury's dan Morrisons mendapati mereka sedang terlibat dengan perang harga, namun semua pasar raya itu menafikan perkara tersebut.

Ketika mereka mendakwa menawarkan harga rendah, keuntungan yang diperoleh sebaliknya meningkat dan perniagaan mereka semakin berkembang.

Kajian oleh kumpulan pengguna, Which? dan BBC mendedahkan beberapa muslihat yang digunakan oleh pasar raya untuk mengaburi mata pembeli.

Satu tinjauan mendapati 17 barangan yang dijual di bawah slogan 'beli banyak lebih bernilai' sebenarnya adalah lebih mahal berbanding membeli barangan sama dengan kuantiti kecil.

Sebagai contohnya, Tesco menjual 1.5 kilogram bahan pencuci Vanish Oxi Action Stain Remover di bawah slogan itu pada harga 12 pound (RM59), tetapi sebenarnya ia tiga kali lebih mahal berbanding membeli produk sama untuk bungkusan seberat 500 gram.

Terdapat juga banyak produk yang dilihat menawarkan promosi khas dengan iklan poster tetapi sebenarnya tidak memberikan penjimatan.

Disember lalu, Pejabat Perniagaan Harga Patut memberi amaran kepada peruncit supaya menghentikan amalan tersebut atau bakal berdepan dengan tindakan mahkamah.

Namun, program BBC, Panorama yang diacarakan Sophie Raworth membuktikan ia masih berlaku.

"Amalan ini bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan dan ia terbukti berlaku di kebanyakan pasar raya, sekali gus berpotensi untuk didakwa," kata pakar undang-undang pengguna, Deborah Parry.

September lalu, Tesco mengumumkan 'Promosi Potongan Harga Besar-besaran' yang menjanjikan penjimatan sehingga 500 juta pound (RM2.4 bilion) setahun.

Asda pula mendakwa menawarkan potongan harga ke atas 3,000 barangan perlu.

Ia bagaimanapun hanya tawaran palsu kerana harga barangan terlibat sebenarnya lebih tinggi beberapa minggu sebelum tawaran penjimatan itu dilakukan. - AGENSI
 
Wah... rugi ni... kena check betul2... :-?
 
aku ingat kat malaysia tadi .. sekali pound da
 
TESCO..tu jadi jaga2 dengan harga tesco eh...
 
tesco mmg menipu..ari tuh gi tesco kat seri alam, kat luar ada khemah clearance stock..50% sampai 70% diskaun. So aku masuk dan tgk2 ar brg2 kat situ...sekali aku tgk kibbles utk kucing brand friskies harga dlm rm71+(x ingt exactly). So bila aku masuk dlm tesco..yg jual kat shelf cuma rm60++. Aku siap amik gambar lg...tunjukkan kat org dlm khemah clearance tuh...pastuh...dia tolak org kat dalam..org kat dalam tolak org kat luar..
 
Back
Top
Log in Register