BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasar raya perdaya pelanggan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg

Pegawai penguatkuasa membuat pemeriksaan terhadap barangan di sebuah pasar raya di Telok Panglima Garang.
< 1 / 1 >
TELOK PANGLIMA GARANG - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Kuala Langat dan Sepang menerima beberapa aduan mengenai salah laku sebuah pasar raya yang menjual bawang putih dengan tidak mengikut nilai timbang sepatutnya.

Pegawai KPDNKK Cawangan Kuala Langat dan Sepang, Mohamad Ziyad Kamaludin berkata, berdasarkan aduan tersebut, tiga pegawainya diketuai oleh Mohd Khairi Abd Rahman telah ke lokasi berkenaan dan mengenalpasti barangan yang dilaporkan tidak ditimbang dengan tepat.

“Kami telah membuat pemeriksaan dengan melakukan timbangan semula terhadap setiap bungkusan bawang putih yang diperagakan.

“Setelah timbangan dibuat, kami dapati sebanyak 15 bungkusan bawang putih dengan berat tiga kilogram tidak tepat dan tidak sama seperti yang dicatatkan pada label,” katanya kepada Sinar Harian.

Ziyad memaklumkan, kebanyakan bungkusan mencatatkan jumlah berat yang terlalu kurang dan keadaan ini disifatkan sengaja dilakukan bagi mengaut keuntungan berganda.

Katanya, tidak mustahil andai aduan yang diterima kebanyakannya terhadap bawang putih dipercayai daripada pengguna yang sama kerana kerap membeli dan membuat timbangan semula di rumah.

“Kesemua barangan itu disita dan pemantauan akan dilakukan termasuk memastikan barangan keperluan runcit lain tidak terlibat sama.

“Saya yakin jika kes ini tidak dilaporkan sudah tentu lebih ramai pengguna menjadi mangsa dan pengusaha terbabit mengaut keuntungan yang besar.”

“Walaupun nilai rampasan hanya kira-kira RM500, namun yang penting aktiviti penyelewengan ini dapat dibanteras segera.

“Kes ini disiasat di bawah kesalahan Sek. 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011, membekal apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan dan jika sabit kesalahan perseorangan dikenakan denda RM100, 000 atau tiga tahun penjara. Untuk kesalahan kali kedua, denda sebanyak RM250,000 @ atau lima tahun penjara.

Bagi Syarikat Sdn Bhd pula denda RM250,000 untuk kesalahan pertama manakala kesalahan kedua denda RM500,000,” katanya.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pasar-raya-perdaya-pelanggan-1.348473
 
kasi tau apa nama pasaraya itu
 
last2 yg untungnya kerajaan,dpt saman hahahaha :eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register