BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasar raya dikesan tipu pelanggan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Musa (kiri) bersama anggotanya membuat pemeriksaan di sebuah pasar raya di Tapah, Isnin lalu.
< 1 / 1 >
TAPAH - Sebuah pasar raya di sini, berdepan dengan tindakan tegas apabila harga barangan yang dipamerkan mengelirukan pengguna.

Ketua Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Tapah, Musa Ramli berkata, sebelum ini, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai masalah harga dipamerkan tidak sama dengan yang perlu dibayar.

Menurutnya, berdasarkan aduan itu, satu pemeriksaan dijalankan di pasar raya berkenaan Isnin lalu.

"Dalam pemeriksaan diketuai Abdul Halim Art kira-kira jam 11.35 pagi itu, kami mendapati harga barang dipamerkan dalam pasar raya itu tidak sama dengan yang perlu dibayar pelanggan.

“Kami telah melakukan pemeriksaan harga barangan secara rambang dengan mengambil beberapa jenis barangan di dalam pasar raya itu sebelum membuat imbasan harga," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan itu mendapati pasar raya berkenaan mempamerkan harga ubat gigi adalah RM7.90 namun apabila imbasan harga dibuat, nilainya adalah RM8.60.

Katanya, menjadi satu kesalahan kepada premis perniagaan apabila memberi gambaran mengelirukan mengenai harga barang atau perkhidmatan.

"Kami telah menyita 26 ubat gigi berjenama untuk siasatan anggota dan pegawai.

"Manakala pemilik premis boleh dikenakan denda atau penjara kerana melanggar Sekyen 12 (1) (a) Akta Perlindungan Pengguna 1999," katanya.

Beliau berkata, pengguna boleh membuat aduan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor 32255, atau menghubungi talian bebas tol 1-800-886-800 dan melayari laman web KPDNKK.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/pasar-raya-dikesan-tipu-pelanggan-1.360035
 
kedai kampung boleh ler tipu pengguna..kalau bandar kirim salam ler.
 
Seperti biasa, nama kompeni atau syarikat dirahsiakan..

Aku pon taktau apsal
 
Tesco ngn giant tlg la check skali..
Penat aku slalu sgt nk kne g claim balik kt customer service..
 
giant ak penah kena. tesco penah

nk claim tu dpt mmg dpt tp nk tggu dekat stgh jam nk dptkan balik singgit je aduhh tu yg lemah
 
aku penah kena kat Giant..
balik rumah cek resit..menyirap je..
harga pamerkn lain..kat resit lain
 
Seperti biasa, nama kompeni atau syarikat dirahsiakan..

Aku pon taktau apsal

Rasanya drpd baju yg dipakai pekerja di sebelah kiri sekali tu dah tau company mana ni? Tapah ni tak byk pasaraya besar. Ada satu tu je.
 
Giant tu yang patut ko check. Satu malaysia ko boleh buat rampasan.
 
Back
Top
Log in Register