BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasar raya borong tipu pengguna

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


BATU BERENDAM - Taktik kotor sebuah gedung barangan borong dekat sini, menukar tarikh luput produk makanan kering yang sudah tamat tempoh terbongkar dalam satu operasi bersepadu di sini semalam.

Setiausaha Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia(LPKPM) Azlin Osman berkata, hasil pemeriksaan selama sejam di lokasi berkenaan mendapati ada di antara produk makanan sudah tamat tarikh luput digunting dan ditampal dengan label tarikh baharu sekali gus perbuatan tersebut menyalahi di bawah Akta Makanan 1983.

Menurutnya, pemeriksaan yang disertai lebih lima kakitangan Jabatan Kesihatan Persekitaran Melaka serta Bomba dan Penyelamat Melaka mendapati mereka melakukan dua kesalahan perlabelan barang yang salah dan barang sudah tamat tarikh luput dengan nilai rampasan barang keseluruhan berjumlah RM846.

Katanya, jumlah itu termasuk RM616 bagi barang makanan yang dikenal pasti di bawah kesalahan tarikh luput dan selebihnya di atas kesalahan perlabelan.

“Barang-barang yang dirampas termasuk sebanyak 15 air kotak, 74 paket biskut dan lain-lain kesemuanya akan disita oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran.

“Selain itu kita turut memberi amaran kepada pihak berkenaan supaya mengambil tindakan agar tidak melakukan memandangkan ada di antara tarikh luput sudah tamat tempoh hampir setahun,” katanya kepada pemberita.

Hadir sama, Penolong Kanan Penguasa Bomba Melaka, Hashim Kasirin, Pegawai Kesihatan Persekitaran Melaka, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif.

Sementara itu, Hashim berkata, pihak terbabit turut didapati tidak mematuhi arahan yang ditetapkan dengan mengunci pintu laluan kecemasan selain meletakkan kunci tersebut di pejabat sedangkan sepatutnya kunci diletakkan berdekatan laluan tersebut.

Menurutnya, pintu laluan kecemasan bukan sahaja ditutup rapat malah di luarnya dijadikan tempat letak kenderaan.

“Bagaimanapun kita hanya memberi amaran lisan dan pihak kami akan sekali lagi membuat pemeriksaan di lokasi ini pada 30 September ini dan jika masih didapati gagal mematuhi mereka akan boleh didakwa di mahkamah,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pasar-raya-borong-tipu-pengguna-1.434762
 
Pengguna y terbeli blh saman ka?
 
susah sgt nak sebut nama
 
ape lgi yg slamat kt m'sia ni
 
Sebut ler nama gudang apa. Dah tahu pasaraya tu buat jahat masih x nk bagitahu sykt ape. Nanti org ttp beli di gudang tuh. Nk tlg org berhati hati dlm membeli tp dlm masa yg sama nk promosi gudang tuh.
 
ni kt super cowboy batu berendam ni..hahaha
tmpt keje lama zaman belajar dlu..
 
ape ke namanya kedai tu?
 
Kalau makan boleh keracunan makanan tu dah luput sampai setahun. Gila!
 
Back
Top
Log in Register