BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasangan Suami Isteri Melecur, Kedai Jual Bahan Sembahyang Cina Terbakar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
cc9dcd47ec98dadfdfe67ed1136410af69ce9158b8980

Pasangan suami isteri melecur selepas kedai menjual bahan sembahyang Cina milik mereka dekat Central Park, Kuala Krai terbakar dalam kejadian kira-kira 8.30 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata operasi memadam kebakaran melibatkan 21 anggota dari BBP Kuala Krai, Sungai Durian dan Pasukan Bomba Sukarela Guchil.


Pasangan suami isteri melecur selepas kedai menjual bahan sembahyang Cina milik mereka dekat Central Park di sini terbakar malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 8.30 malam dan operasi memadam kebakaran melibatkan 21 anggota dari BBP Kuala Krai, Sungai Durian dan Pasukan Bomba Sukarela Guchil.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati berlaku kebakaran di sebuah premis menjual bahan sembahyang Cina yang terbakar kira-kira 90 peratus.

“Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk menerima rawatan lanjut kerana dipercayai melecur akibat kebakaran itu,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, seorang saksi, Nur Husna Hamat, 23, berkata ketika kejadian dia bersama rakannya Mazlin Izzati Che Mat Nawi, 22, sedang bekerja di kedai runcit bersebelahan kedai milik mangsa.

“Ketika saya dan rakan sedang bekerja, tiba-tiba kami terdengar letupan yang sangat kuat sebelum mendapati api merebak keluar dari kedai sebelah,” katanya, yang terus menghubungi pihak bomba untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

 
Back
Top
Log in Register