BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasangan remaja jerut leher pemandu e-hailing, larikan kereta

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
14228720625456669-397034.jpg

14228720625456669-397035.jpg

14228720625456669-397036.jpg


Pasangan remaja jerut leher pemandu e-hailing, larikan kereta

PONTIAN – Polis menahan pasangan kekasih remaja selepas menjerut leher seorang pemandu e-hailing sebelum melarikan kereta milik mangsa dalam kejadian di Taman Negara Tanjung Piai, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, remaja lelaki berusia 18 tahun dan remaja perempuan berusia 17 tahun itu diberkas di kawasan Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka, semalam.

“Pihak polis bertindak selepas menerima satu laporan berkaitan kejadian samun dengan mendatangkan kecederaan pada pukul 8.51 pagi, Ahad lalu.

“Hasil maklumat risikan awam, serbuan dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan pasukan Task Force Lejang Ketua Polis Daerah Pontian di kawasan pangsapuri rakyat tersebut antara pukul 7 pagi hingga 2 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil operasi berkenaan, pasukan serbuan berjaya menahan pasangan remaja tempatan tersebut yang disyaki terlibat dengan kes itu.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku melakukan samun dengan cara menjerut leher pemandu e-hailing menggunakan tali sling dan menarik mangsa keluar sebelum melarikan kereta Proton Saga tersebut ke Johor Bahru.

Katanya, selepas melarikan kereta mangsa, kedua-dua remaja itu dipercayai telah meninggalkan kenderaan tersebut di kawasan restoran makanan segera di Stulang Laut, Johor Bahru.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek lelaki yang tidak bekerja mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik, selain ujian air kencing menunjukkan dia positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.

Suspek perempuan pula katanya, tidak bersekolah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan negatif ujian dadah.

Dalam serbuan tersebut katanya, polis berjaya merampas semula kereta Proton Saga milik mangsa, sebilah pisau boleh laras, tali sling yang digunakan untuk menjerut mangsa, telefon bimbit serta pelbagai barangan peribadi milik mangsa.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM30,000,” katanya.

Tambah beliau, mangsa yang mengalami kecederaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Tambahnya, kecederaan dialami mangsa ialah pendarahan dalaman di kepala, calar di bahagian belakang badan, gegendang telinga kanan bocor dan luka koyak pada kulit lutut kanan.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman semalam tujuh hari bermula hari ini sehingga 18 Mei depan bagi siasatan lanjut, katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan bagi kesalahan samun sehingga mendatangkan kecederaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kes kecurian kenderaan motor.

Selain itu katanya, suspek lelaki turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hadzrat Hussien berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam jenayah kekerasan dan akan mengambil tindakan tegas selaras dengan undang-undang.- MalaysiaGazette

Artikel➡️ Malaysia Gazette
 
PONTIAN – Polis menahan pasangan kekasih remaja selepas dipercayai menjerut leher seorang pemandu e-hailing sebelum melarikan kereta milik mangsa dalam kejadian di Taman Negara Tanjung Piai di sini Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun dan suspek perempuan berusia 17 tahun itu diberkas di kawasan Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka, Isnin.

Menurut beliau, polis menerima laporan berhubung kejadian samun yang mendatangkan kecederaan pada jam 8.51 pagi, Ahad lalu sebelum menjalankan operasi hasil maklumat risikan awam.

“Serbuan dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan pasukan Task Force Lejang Ketua Polis Daerah Pontian di kawasan pangsapuri tersebut antara antara jam 7 pagi hingga 2 petang Isnin.

Hasil operasi, polis berjaya menahan pasangan remaja tempatan yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku melakukan samun dengan cara menjerut leher mangsa menggunakan tali sling sebelum menarik mangsa keluar dan melarikan kereta Proton Saga miliknya ke Johor Bahru.

Beliau memberitahu, selepas melarikan kenderaan tersebut, suspek dipercayai meninggalkan kereta mangsa di kawasan restoran makanan segera di Stulang Laut, Johor Bahru.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek lelaki yang tidak bekerja mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik selain positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek remaja perempuan pula tidak bersekolah, tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian dadah,” katanya.

"Mangsa yang mengalami kecederaan kini dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

"Antara kecederaan dialami mangsa ialah pendarahan dalaman di kepala, calar di bahagian belakang badan, gegendang telinga kanan bocor serta luka koyak pada kulit lutut kanan,"ujarnya.
 

Pemandu E-hailing Wanita Cedera Dipukul, Dijerut Tiga Remaja Gagal Bayar Tambang​

26655242a2cf0a67560fd12616623f3766b5842a35896


Seorang pemandu e-hailing wanita cedera akibat dipukul dan dijerut di leher oleh tiga remaja yang mendakwa tidak mampu membayar tambang selepas menaiki kenderaan mangsa dalam kejadian berhampiran kawasan hutan di Kuala Sungai Baru di sini, pada 14 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ahmad Abu Bakar berkata mangsa berusia 41 tahun itu menerima tempahan perjalanan daripada empat penumpang masing-masing dua remaja perempuan berusia 14 tahun serta remaja lelaki berusia 15 dan 17 tahun dari Bukit Rambai ke pekan Kuala Sungai Baru pada kira-kira 12.30 tengah malam, hari yang sama.

Beliau berkata setibanya di lokasi kejadian seorang daripada suspek meminta mangsa memberhentikan kenderaan dengan alasan mahu mencari seseorang selain mendakwa tidak mempunyai wang untuk membuat bayaran secara dalam talian.

"Selang beberapa minit, tiga daripada suspek iaitu dua remaja perempuan dan seorang remaja lelaki bertindak agresif dengan menyerang mangsa menggunakan objek keras selain menjerut leher mangsa dari arah belakang kerusi pemandu dan mengugut agar tidak meminta pertolongan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seorang lagi suspek remaja lelaki tidak masuk ke dalam kereta kerana telah melarikan diri jauh dari tempat kejadian.

Ahmad  berkata pemandu e-hailing berkenaan berjaya menyelamatkan diri sebelum membuat laporan polis pada hari sama, selain mangsa turut mengalami kecederaan bengkak dan lebam pada beberapa bahagian badan serta kesan jerutan di leher.

Beliau berkata pemeriksaan perubatan turut mengesahkan kecederaan yang dialami mangsa adalah akibat diserang dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau objek berbahaya.

“Kesemua empat remaja berkenaan berjaya ditahan pada petang hari sama dan direman hingga esok bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register