BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pasangan kekasih sorok 2 kilogram emas dalam dubur

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Pasangan kekasih sorok 2 kilogram emas dalam dubur​

seludup-emas-ragam.jpeg

EMAS yang dirampas daripada sepasang kekasih warga Myanmar di Lapangan Terbang Chennai baru-baru ini. - DT Next

NEW DELHI – Sepasang kekasih warga Myanmar ditahan kerana cuba menyeludup 2 kilogram emas disembunyikan di dalam badan mereka di sebuah lapangan terbang di India, lapor laman  berita DT Next.

Pasangan kekasih berusia dalam linkungan 40-an itu diberkas selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chennai dari Bangkok, baru-baru ini.

Kedua-dua suspek berkata, mereka datang ke India adalah untuk mendapatkan rawatan perubatan, namun dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan. Mereka gagal mengemukaan sebarang dokumen perubatan sah semasa disoal siasat oleh pegawai kastam.

Pasangan itu dilaporkan melakukan perjalanan dari Yangon, Myanmar ke Thailand sebelum tiba di Chennai, sekali gus menimbulkan kecurigaan pihak berkuasa.

Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan objek mencurigakan di dalam dubur mereka.

Objek tersebut dikenal pasti sebagai emas dengan berat keseluruhan  sekitar 1.97 kilogram dan bernilai 30 juta rupee (RM1.2 juta).

Kes penyeludupan emas di Lapangan Terbang Chennai meningkat semula selepas Kementerian Kewangan India menaikkan duti import emas daripada 6 peratus kepada 15 peratus. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register