ctos menyalahi undang2 : jom report polis siapa yg dah kene blacklist
KOTA BHARU – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas mempertikaikan kenyataan Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) bahawa ahli mereka tidak menggunakan maklumat yang dibekalkan oleh Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) sebagai rujukan.
Menurutnya, beliau telah dua tahun menjalankan kajian terhadap fungsi CTOS dan mempunyai banyak bukti bagaimana bank menjadikan CTOS sebagai rujukan utama mereka.
‘‘Bukan sahaja bank bahkan terdapat agensi kerajaan didapati menggunakan CTOS sebagai rujukan,’’ katanya.
Kayveas berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas penafian ABM yang mengatakan ia tidak menjadikan CTOS sebagai rujukan utama seperti yang disiarkan dalam satu laporan televisyen RTM malam tadi.
Kayveas berkata, beliau tidak gentar jika CTOS mahu menyamannya ekoran kenyataan yang dilemparkannya terhadap syarikat itu sebelum ini.
Menurutnya, beliau mempunyai banyak maklumat mengenai CTOS dan sedia mendedahkannya di mahkamah jika beliau disaman.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang pinjamannya tidak diluluskan hanya kerana nama mereka terdapat dalam senarai CTOS supaya membuat laporan polis bukan sahaja terhadap agensi itu malah kepada bank yang enggan memberi mereka pinjaman.
Beliau berkata, perbuatan CTOS menjual maklumat mengenai rekod kewangan orang ramai menyalahi undang-undang apatah lagi Bank Negara Malaysia sudah memberi arahan kepada bank supaya tidak menggunakan CTOS lagi.
‘‘Mana-mana orang yang hendak buat pinjaman, tetapi bank kata awak tidak boleh buat sebab nama ada dalam CTOS, saya minta mereka membuat laporan polis terhadap bank dan CTOS,’’ tegasnya.
Beliau menambah, hari ini beliau ada menerima e-mel daripada seorang bapa yang menjadi penjamin. Bapa itu mengadu gagal membuat pinjaman pelajaran dengan agensi kerajaan bagi anaknya kerana namanya terdapat dalam senarai CTOS.
‘‘Mengapa orang yang tidak bersalah perlu jadi mangsa? Mengapa orang yang sudah bebas daripada bankrap terus jadi mangsa?
‘‘Setiap orang memerlukan peluang kedua. Ekonomi sendiri ada masa naik dan ada masa turun.
‘‘Masa gawat ramai yang jatuh tapi sekarang mereka sudah naik balik. Apa masalahnya,” kata beliau.
jom ramai2 report polis pasal ctos ni ..
aku dah report da pasal aku dah kene blacklist ctos ..
ctos ni rupanya menyalahi undang2 ..
PUTRAJAYA 18 Julai – Kabinet mengarahkan semua agensi kerajaan dan kementerian yang mengeluarkan pinjaman supaya tidak lagi menggunakan Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) sebagai rujukan berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu dibuat oleh Jemaah Menteri pada mesyuarat mingguannya yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berikutan maklumat CTOS dianggap tidak terkini dan boleh menyebabkan ramai orang teraniaya.
Kementerian Kewangan pula difahamkan akan mengadakan pertemuan dengan persatuan bank-bank untuk menjelaskan arahan kerajaan itu dalam masa terdekat ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi di sini hari ini, mengesahkan perkara itu dan mengarahkan agensi di bawah kementeriannya juga tidak lagi merujuk kepada CTOS.
Dengan itu katanya, CTOS tidak lagi berperanan dalam menentukan permohonan sesuatu pinjaman.
‘‘Dengan keputusan itu, maka arahan lebih jelas. Agensi kementerian seperti Mara, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS) diarahkan tidak menggunakan CTOS.
‘‘Mengenai bank-bank pula, Kementerian Kewangan akan mengeluarkan arahan,” katanya.
Penggunaan CTOS oleh bank dan institusi kewangan telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menganggap ia melanggar hak pribadi seseorang itu.
Beberapa individu termasuk eksekutif dan kakitangan kerajaan yang menghadapi masalah membuat pinjaman setelah nama mereka disenarai hitam dalam CTOS, bertindak menyaman syarikat itu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas mendedahkan CTOS telah menyebabkan ramai pelanggan institusi kewangan menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.
Kayveas turut mendakwa syarikat itu tidak menghantar laporan kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sepanjang tempoh 10 tahun lalu dan kali terakhir ia berbuat demikian ialah pada 1997 dengan menyatakan memperoleh pendapatan RM1.2 juta.
Pada masa ini, Bank Negara melalui Central Credit Information System atau Sistem Maklumat Kredit Pusat (C-CRIS) menyediakan maklumat berhubung obligasi pinjaman individu kepada bank.
Selain C-CRIS, bank-bank juga menggunakan CTOS sebagai alat penyaringan hutang kerana agensi itu menyediakan maklumat mengenai kebangkrapan, saman, pembubaran syarikat, perisytiharan jualan dan kedudukan pengarah.
bila lg nak tutup ctos ni ?
pesal smpi skrg bank masih guna ctos ?
konpius aku ?