kalau mahkamah sivil (perundangan dari akal manusia) pun tak sng2 mensabitkan hukuman, apatah lagi islam. matlamat hukuman dalam islam bukan bertujuan untuk memberi balasan kepada si pesalah, tapi ia lebih bersifat memberi pengajaran dan membendung permasalahan dari akar umbi.
dari aspek pensabitan hukuman, penelitian halus akan dilakukan. bukan mudah2 nak rejam org, nak potong tgn org nih. islam itu tidak bersifat zalim, ia bersifat adil (meletakkan sesuatu pada haknya). apabila definisi adil dalam islam dilhat begitu (bukannya adil itu maksudnya saksama), maka hak utk org yg terbukti mencuri pada satu kuantiti dan keadaan tertentu adalah dipotong tangannya dan diperlihatkan oleh org ramai. proses pembuktian dalam penghakiman ini lebih berat lagi berbanding proses yg dilakukan mahkamah sivil sekarang.
begitu juga rejam bg penzina yg sudah berkahwin. andainya tiada pengakuan tanpa paksaan, 4 saksi yg perlu menepati kriteria tertentu yg melihat secara jelas (hatta saksi yg pakai spek takkan diterima penyaksiannya) zakar lelaki yg berzina itu sedang berada dalam faraj wanita yg sedang berzina itu, barulah hukuman rejam itu boleh dijalankan.
secara asasnya, kerosakan dan maksiat dan dilakukan manusia adalah didorong oleh hasutan syaitan yg meniup kepada nafsu agar ia menjadi terdorong utk melakukan maksiat. nafsu ini hanya boleh dihentikan dengan kegerunan melihat hukuman yg menanti mereka kelak apabila perbuatan itu dilakukan.
justeru, hukuman dalam islam adalah bersifat menangani dan mencegah dari berleluasa. kerana itu hukuman perlu dilakukan di khalayak agar org ramai mengambil iktibar darinya. bukan semata2 org yg direjam dan dipotong tgn itu kudung atau mati sia2 (sbg mana berlaku dalam perundangan yg dilaksanakan skg), tapi kudung dan matinya pesalah2 ini mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat dengan tercegahnya gejala yg sama kemudian hari.
kalau kat saudi, nak tunggu ada org kene pancung nih bukannya tiap2 hari, bukannya tiap2 bulan cam hukum gantung kat msia. hukuman pancung kat sana tuh nak jumpa mau tunggu 2,3 tahun baru blh jump.
kalau tak percaya manual kehidupan yg allah dah setup utk manusia, jalan apa lagi yg lebih baik utk memandu kehidupan manusia?
p/s: hukum islam shj tak cukup utk menjamin kesejahteraan masyarakat. masyarakat perlu difahamkan ttg islam scr komprehensif agar mampu menjadikannya acuan dalam kehidupan dan tindakan.
allahu a'lam