afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Usah hadir mesyuarat dengan junta Myanmar, Tok Mat diberitahu
Bekas menteri luar, Saifuddin Abdullah, berkata junta Myanmar berulang kali tunjuk belang perlekeh usaha Asean menyelesaikan krisis dan konflik sedang berlarutan di negara itu.
Bekas menteri luar, Saifuddin Abdullah, mengingatkan Filipina selaku pengerusi Asean supaya tidak menormalisasikan hubungan dengan junta Myanmar melalui mesyuarat sedemikian, walaupun bersifat tidak rasmi.
Saifuddin berkata, kerajaan tentera Myanmar berulang kali menunjukkan belang memperlekehkan usaha blok serantau itu untuk menyelesaikan krisis dan konflik yang berlarutan di negara berkenaan.
“Junta bukan sahaja telah mengabaikan seruan Asean untuk mengadakan dialog, malah memperhebat keganasan terhadap orang awam, selain Parlimen tajaan junta mereka pada 9 Julai telah meluluskan usul menolak Konsensus Lima Perkara Asean itu sendiri.
“Junta telah menolak cadangan paling minimum daripada Asean, justeru mengapa Asean mahu memberi ganjaran kepada tindakan sedemikian dengan tahap penglibatan yang lebih tinggi?
“Malaysia tidak sepatutnya menyokong mesyuarat itu kerana ia menenggelamkan objektif yang diperjuangkan Malaysia semasa memegang menjadi pengerusi Asean,” katanya dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, berkata junta Myanmar berkemungkinan cuba memperluas keabsahan politiknya dengan menyekat penglibatan Asean dengan gerakan demokrasi di negaranya.
Pemimpin Myanmar telah dilarang daripada menghadiri Sidang Kemuncak Asean susulan rampasan kuasa tentera pada 2021 dan perang saudara yang sedang berterusan susulan rampasan kuasa.
Bangkok juga mendesak agar Asean meningkatkan penglibatan dengan kerajaan tajaan tentera Myanmar selepas pilihan raya di pada awal tahun ini.
Saifuddin turut menyuarakan kebimbangan berhubung ‘penyingkiran sepenuhnya’ wakil Rohingya daripada mesyuarat yang akan datang, sambil menyatakan Malaysia menampung lebih 100,000 pelarian Rohingya disebabkan penganiayaan di Myanmar.
“Bagaimanakah penglibatan dengan junta tanpa penyertaan bermakna daripada Rohingya mampu memajukan objektif Malaysia mengembalikan kewarganegaraan Rohingya, menjamin hak sama rata, dan mewujudkan situasi bagi menghantar pulang mereka dengan selamat, sukarela, dan bermaruah?
“Junta telah melakukan genosid terhadap etnik Rohingya tidak boleh dianggap secara kredibel sebagai satu-satunya pihak pengantara dalam menyelesaikan krisis dicetuskannya sendiri,” kata setiausaha saung Parti Wawasan Negara itu.
