assalamualaikum suma.

terima kasih kepada yg memberi respon dan mengkritik. sekurang2nya kita menyahut seruan Allah dalam al-Qur'an yg mafhumnya
"...dan berdebatlah antara kamu dengan jalan yg baik..".
saya amat mengalu-alukan kritikan khususnya pandangan2 saya yg saya tulis di sini, asalkan hujjah dan justifikasinya lebih kuat dr yg saya nyatakan. adab berdebat ni, kritik mmg dipersilakan, asal bukan kritik dgn cakap kosong.
mungkin saya nak respon beberapa pandangan sekaligus, kalau rajin, teruskanlah membaca ok.
pertamanya di sini, anda sudah silap dalam melihat Islam sbg ad-din. saudara blh rujuk tafsir fi zilalilqur'an karangan al-imam syed Qutb dalam mentafsirkan kperkataan ad-din dalam ayat 19 surah aLi-imran. barat yg mendokong sekularisme mmg mahu menanam kepada manusia khususnya umat islam supaya melihat Islam sbg ideologi (sila rujuk mengenai definisi ideologi scr kritikal), sedangkan islam adalah pakej lengkap kehidupan/manual kemanusiaan yg dibekalkan pencipta manusia. justeru, ideologi yg timbul spt komunisme, pragmatisme, kapitalisme, hedonisme, dan lain2 ini diwujudkan bertujuan mengalih pandangan manusia dari berada di landasan kehidupan yg diteraskan oleh allah melalui anugerah ajaran islam.
kedua, saya minta saudara iswarahijau untuk menunjukkan kepada semua warga cg perlembagaan DAP dan PKR untuk membuktikan tuduhan bhw dap mendukung socialisme dan pkr mendokong sekularisme. hanya sbg satu trade, sbb forumers2 cg yg lain dah menunjukkan berbagai bukti ttg ketidaklurusan BN hatta mendedahkan surat yg pernah dihantar presiden umno kepada presiden Israel yg menunjukkan umno memohon bantuan kewangan drpd israel dan 'menjual' kedaulatan negara sbg balasan timbal balik kepada bantuan kewangan itu.
ketiga, saya hargai pengakuan saudara bhw saudara atas pagar (walaupun sbhgn besar forumers tak percaya langsung).masalahnya, perlu diingat bahawa tak guna semata2 melayu Islam memerintah, kalau kebenaran Islam disekat. kenapa masih menyalahgunakan ISA, kenapa masih tidak mahu review AUKU, kenapa menyalahgunakan polis utk menghalang majlis2 ilmu? kenapa gam ustaz2 yg menegur kesilapan pemerintah?
saudara iswarahijau juga blh lihat surat yg ditulis oleh pemimpin umno yg menolak ayat al-qur'an kerana ayat itu menggugat kedudukan mereka. justeru, umno hanya menerima islam yg tidak menimbulkan masalah untuk mereka terus berlaku zalim dan menolak islam yg menggugat kedudukan mereka. konsep dalam islam mudah, apabila kufur sebahagian ajaran, maka terhukum rosak aqidah dan terbatal syahadah. justeru, jelas bhw pemimpin umno bukan dari jenis yg allah klasifikasikan dalam ayat kedua surah al-anfal, kerana mereka jelas memperkudakan islam utk mencapai matlamat kemenangan mereka, bukan mahu memperjuangkan agar islam dijadikan tunjang pemerintahan dan kehidupan rakyat.
jangan samakan dengan pas yg hold manifesto mereka ttg perlaksanaan hudud, kerana terlalu byk perkara yg perlu dibereskan (termasuk menghentikan kezaliman umno-BN dan memberi faham rakyat malaysia ttg ajaran islam sebenar). menangguhkan tidak beerti menolak.
mengenai kafir zimmi, saya kira umno lebih berbahaya kerana terlalu banyak indicator yg menunjukkan pemimpin2 dalam umno ini bersifat munafik. apabila munafik memimpin kafir zimmi, mustahil islam boleh tertegak. dan perlu diingat, dap pula bukan dari jenis kafir harbi.
rasanya persoalan ini dh terjawab. tp nak komen sikit, betul lagi terbukti.bukan soal juak yg menolak, tapi pimpinan parti umno.blh review thread2 kat bhgn politik cg ni, mmg ada surat yg menunjukkan scr jelas mereka menolak ayat al-qur'an kerana menggugat kedudukan mereka. atas dah problem, bawah rasanya tak perlu tgk dh kut.
manarik betul pandangan saudara. benar, saya setuju. ramai pendokong pas tidak memahami dengan jelas falsafah perjuangan dalam islam itu sendiri. kalah menang bukan alasan. dalam konteks ini, pemuda pas khususnya perlu memperkasa dari sudut thaqafah dan menukar mentaliti kepada mentaliti pemimpin, bukan lagi mentaliti pembangkang.
*saya setuju dengan pandangan ini.
** saya juga setuju. tidak semestinya berada dalam pas untuk memahamkan org ramai. proxy NGO juga blh diguna. variasi pendekatan juga amat perlu memandangkan ia perlu meliputi berbagai lapisan masyarakat. dan islam mmg amat menggalakkan umatnya bekerja (dakwah dan islah) dalam satu komuniti, kecil atau besar.
allahu a'lam