BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS, Umno tuntut janji letak jawatan Kor Ming

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141

PAS, Umno tuntut janji letak jawatan Kor Ming​

2f9e0a3a5de45c88e060daba72d4f577.jpg

b52c862dc71e03895e41f079afa7d426.jpg

541a315bbfea5c571548e1284ce7fc72.jpg


Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari tampil mempersoalkan sama ada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming akan meletak jawatan susulan kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Dalam hantaran Facebook miliknya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mempersoalkan sama ada Nga akan menunaikan janjinya itu.

"Adakah akan dikotakan janji ini?" katanya, dalam hantaran beserta gambar Nga.

Baru-baru ini, dalam temu bual eksklusif bersama Oriental Daily, Nga yang juga Timbalan Pengerusi DAP dilapor akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan jika BN menang dalam PRN Johor dan Najib Razak dibebaskan.

Menurutnya, DAP juga tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya perkara itu berlaku kerana ia merupakan ‘garis merah’ parti tersebut.

PRN Johor hari ini tamat dengan menyaksikan keputusan tidak rasmi BN menang di 49 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) memang di tujuh kerusi.

Veteran Umno Malaysia turut menggesa agar Nga melepaskan jawatan seperti yang dijanjikannya.

Setiausahanya Mustapha Yaakub, dalam satu kenyataan berkata, kemenangan BN di Johor sememangnya memalukan buat DAP.

"Kemenangan besar BN telah memalukannya sebagai seorang pemimpin DAP yang celupar dan angkuh.

"Veteran mendesak dan mencabar Nga supaya dengan segara meletak jawatan dari kabinet seperti yang dijanjikan demi maruah," katanya.

Tambahnya, kemenangan itu juga tamparan besar buat Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai pengerusi PH.

"Kemenangan cemerlang BN ini juga menjadi satu tamparan kepada PMX yang turun berkempen dengan cara yang kurang siuman dan penuh retorik maki hamun," tambahnya.

 
Terang-terangan nak tipu semua orang.

antara scammer terbesar abad ini.

gila tak malu satu malaysia dah tau dia berjanji.

muka tebal.

kalau orang politik kat jepun ni dah lama berenti dah.

DAPig ni parti extreme tak malu nak buat ape saje.

Bahaya DAPig ni.
 
Menteri tak guna... KPKT lepas tangan je isu gas bocor... padahal pi buat kerja penyelenggaraan buat apa dekat paip gas tu... dah lama tanam situ... patut komeng ni dh lama kena pecat... bangsat DAP...yg menyokong dia ni semua barua bangang🤭🤭🤭
 
Menteri tak guna... KPKT lepas tangan je isu gas bocor... padahal pi buat kerja penyelenggaraan buat apa dekat paip gas tu... dah lama tanam situ... patut komeng ni dh lama kena pecat... bangsat DAP...yg menyokong dia ni semua barua bangang🤭🤭🤭
Benda ni masuk dlm list tindakan nk dibuat andai PAS/PN jadi kerajaan, heret Korming ke mahkamah isu letupan gas, benda pertama di pagi hari.
 
Allahu, ayat simple Korming tu pun pimpinan melayu x faham?

Kan dia letak 2 syarat, BN menang DAN DSNR BEBAS.

dia xde ckp DAN

xyah lah main istilah


skng dah 50% tertunai

jd dia kene tunaikan 50%
 
Back
Top
Log in Register