afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,224
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,224
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PAS perlu kembali kepada akhlak Islam demi ukhuwah, kata pemimpin Bersatu
Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa naratif dibawa Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai hubungan parti itu dengan Bersatu tidak menggambarkan realiti sebenar.
Mengulas hantaran Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebook, Tun Faisal mendakwa naratif mengenai hubungan parti itu dengan Bersatu tidak menggambarkan realiti sebenar, khususnya dalam beberapa tindakan membabitkan Perikatan Nasional (PN).
Beliau mendakwa PAS tidak pernah mendapatkan pandangan Bersatu apabila menjemput pemimpin didakwanya melanggar baiah, sumpah, perlembagaan dan disiplin parti itu ke program anjuran mereka, merujuk kepada personaliti dari gerakan Reset.
Tun Faisal turut mempersoalkan tindakan PAS berhubung dakwaan ‘Langkah Bangkok’ dan perbincangan mengenai Muafakat Nasional 2.0, yang menurutnya tidak pernah dibawa untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN.
Tambahnya, PAS juga didakwa tidak mematuhi persefahaman dicapai dalam perbincangan antara Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada 16 Jan lalu, yang turut dihadiri Tuan Ibrahim.
“Rasanya bukan susah nak bekerja dengan Bersatu. Rasanya lebih susah nak bekerja dengan orang yang cakap macam ikut ajaran Islam tapi tindakan-tindakan mereka tidak sama seperti yang diucapkan malah jauh daripada akhlak dan ajaran Islam.
“Pemimpin PAS perlu kembali berpegang kepada akhlak dan ajaran Islam yang sebenar jika benar-benar mahu menjaga ukhwah dan perpaduan sesama Islam,” katanya.
Terdahulu, Tuan Ibrahim dalam hantaran di Facebooknya berkata keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengn Bersatu bukan bermaksud memutuskan hubungan dan silaturahim.
Jelasnya sebaliknya ia dibuat bagi memberi ruang kepada kedua-dua parti menentukan hala tuju parti masing-masing tanpa terikat antara satu sama lain.
Beliau turut mendakwa wujud kekangan kerjasama terutama apabila PAS berusaha menjemput Ahli Parlimen atau pimpinan daripada pasukan bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin.
Tuan Ibrahim memberi contoh tindakan PAS Melaka menjemput Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin tidak disenangi rakan Bersatu.
Untuk rekod Hamzah dipecat Bersatu manakala Mas Ermieyati digantung keahlian susulan krisis Bersatu.
Tuan Ibrahim turut menambah usaha menyatukan parti lain seperti Berjasa, Pejuang dan Perkasa ke dalam PN turut menemui jalan buntu akibat bantahan Bersatu.
