BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS pecat Husam Musa

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
ChvlKWOUgAE03LK.jpg

PAS hari ini melalui Jawatankuasa Tatatertib PAS yang dipengerusikan oleh Dr Sanusi Daeng Mariok mengambil keputusan memecat Datuk Husam Musa daripada PAS berkuatkuasa 23 April 2016 kerana salah laku terhadap perlembagaan parti.
 
Pemuda PAS Kelantan lega Husam dipecat

pemuda.jpg

SHAH ALAM – Pemuda Pas Kelantan menyatakan kelegaannya atas keputusan dibuat parti Islam itu yang akhirnya memutuskan memecat bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya menyokong penuh keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pas itu.

“Pemuda Pas Kelantan bersyukur kerana kemelut yang melanda parti dan kerajaan negeri akibat tindakan salah seorang wakil rakyat Pas di negeri ini, Datuk Husam Musa yang sering mengkritik parti dan kerajaan berakhir dengan tindakan pemecatan seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pas hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli mengajak semua ahli Pas untuk bekerja dan memperkukuhkan jentera parti di semua peringkat di Dun Salor.

“Tindakan ini juga tentunya merupakan satu pembebasan terhadap Datuk Husam Musa untuk bergerak melalui wadah yang dipilihnya sendiri,” katanya.

"PAS memudahkan Husam ke Parti Baru, Husam tersangkut di PAS kerana sumpah Bai ah nyer sendiri, dgn pemecatan ini, maka sumpah itu automatik terbatal.
 
bagus.geng sokong husam gerenti tak undi pas pru nanti.pas kelantan gerenti kalah teruk.
 
so..kemana hala tuju husam slps ini...PAN ke PKR...hehe :D
 
Husam ni pro Anwar..
PAS mcm xnak ade kerjasama ngan Anwar lagi..
maka DAP pon yg mmg PAS x suka diceraikan..
 
perpecahan dalaman pas semakin terserlah.
dah takleh buat apa dah.
 
Back
Top
Log in Register