BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pas mahu debat dengan BN

Debat manifesto, PAS menanti jawapan Umno


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Hrkh) - PAS sehingga hari ini masih tertanya-tanya dan menunggu respons daripada Umno berhubung debat manifesto PAS.

Setiausaha Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir berkata, pada Jumaat, 29 Februari lalu, PAS mengisytihar Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa bersedia berdebat dengan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak berkenaan manifesto PAS.

"Esok (Selasa) dari subuh hingga Isyak kita aturkan untuk Timbalan Presiden PAS dan lusa (Rabu) untuk Presiden PAS iaitu dari Subuh hingga Isyak dan di mana-mana tempat yang mereka putuskan" katanya dalam sidang media pilihan raya ke-12, di Pejabat Agung PAS, dekat sini, hari ini.

Bagaimanapun katanya, sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat maklum balas daripada Umno.

Katanya, PAS berharap Umno tidak berdolak-dalik dan mencari alasan setelah menggunakan media massa untuk menyerang manifesto PAS tanpa memberi peluang untuk mereka memberi penjelasan.

"Keengganan Umno untuk menyahut cabaran kami membukti betapa mantap dan benarnya manifesto PAS yang menepati kemahuan dan kehendak rakyat," katanya.

Pada Jumaat lepas Ustaz Abdul Hadi dan Nasharuddin menyatakan kesediaan mereka berdebat dengan Abdullah dan Najib mengenai manifesto PAS 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih, Menuju Negara Berkebajikan'. - mks

BERAPA LAMA MAU TUNGGU DAAAA... TELOR TADA KA???:eek: :eek: :eek:
 
zakariastopa_s.jpg
 

DARI KO MAIN POST PIC SCAM NIH...BAIK KO GI TENGOK GAMBAR2 AWEK KAT THREAD SEBELAH BRO...:eek: :eek:

TERTINGGAL KAPAL KO NIH... ORG TUH AMENO DAH BERZAMAN DAH:(scam
 
ni banner kat terengganu...sakit mata i tengok...
 
“PAS VS BN " ...UMNO Ada Telur???!!!”

Ada telur ke puok -puok ni,,,,

 
aku tak tau vdo ni dah pernah dikongsikan dalam thread ni atau belum tapi sama2 lah kita saksikan... penjelasan dari TG Haji Abd Hadi tentang debat...

 
DUN PILIHANRAYA KE-12. MAC 2008

Buatlah pilihan yang tepat!​

DUN yg paling sejuk, DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa, DUN Air Tawar
DUN yg paling panas, DUN Pedas
DUN yg paling miskin, DUN Sekupang
DUN yg paling muda, DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah, DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah, DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay, DUN Kajang
DUN yg banyak hantu, DUN Pucong
DUN yg ada istana, DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan, DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras, DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman, DUN Hulu Klang
DUN banyak air, DUN Ampangan
DUN banyak pengganas, DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan, DUN Gurun
DUN paling bahaya, DUN Baling
DUN banyak semut, DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik, DUN Sg Ada Burung.
DUN ada binatang, DUN Kijang
DUN paling wangi, DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody kehkehkeh..
















PASTI AKAN SELAMAT​
 
daripada layan thread2 provokasi puak2 penyokong UMNO-BN, lebih baik layan sini...

katak dan abekl... ada berani ka kalau ajak UMNO-BN berdebat dgn PAS?
 
Back
Top
Log in Register