BTC USD 60,796.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS lancar kempen Protes BN

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, PAS mengajak seluruh warga negara ini bersama mereka dalam kempen membantah kenaikan harga barang.

Kempen tersebut yang dikendalikan Lajnah Pengguna PAS, akan dilancarkan 20 Ogos ini dengan pelancaran Kelab Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN sebagai permulaan.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Protes BN adalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung peningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan.

"Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN.

"Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu, kempen tersebut juga akan diperluaskan ke seluruh negeri termasuk dengan mengadakan ekspo, road show dan penyebaran risalah.

Untuk tujuan itu juga, satu laman web khas akan diwujudkan.

"Kita akan memberitahu rakyat, kenapa mereka dibebankan dalam masa yang sama pemimpin negara boleh terus bermewah-mewah," tegasnya lagi.

Mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak yang memasukan aspek Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Mahfuz secara sinis menyifatkan ianya sebagai janji "mulut manis" perdana menteri itu.

"Mereka sendiri sebenarnya yang menaikkan harga barang dengan menarik subsidi rakyat," katanya.

Sehubungan itu rakyat ujarnya diseru untuk bersama dalam usaha menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan melalui kempen ini.http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4654-pas-lancar-kempen-protes-bn
 
beli je kat kedai satu malaysia...murah tue..........

kalau mcm tu tutup jela kedai2 lain..bukak kedai 1 malaysia je..giant2 tesco2 tutup..kedai ah bee tutup kedai rundit semua tutup..kedai 1 malaysia letak kat setiap 1 kilometer baru la sempoi..barang je murah nak gi minyak dah 10 ringgit dah baik gi kedai depan rumah je..kedai runcit kak yah trading.:eek:
 
Back
Top
Log in Register