BTC USD 86,621.7 Gold USD 4,359.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS berebut kerusi dgn PKR di Wilayah

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
Oleh Tarmizi Mohd Jam

KL: PAS Wilayah Persekutuan memutuskan akan tetap dengan keputusan untuk bertanding di enam kawasan parlimen termasuk Labuan, dalam pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi.

Selain Labuan, lima kawasan tersebut termasuklah Titiwangsa, Setiawangsa, Putrajaya, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Haji Ishak Surin dalam satu kenyataannya kepada media. Keputusan ini dipertegaskan setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah enggan berunding isu pembahagian kerusi.

Menurut Haji Ishak, atas nama semangat musyawarah dan pakatan bersama, pihaknya telah berkali-kali menuntut agar PKR bersama PAS duduk semeja membincangkan isu pembahagian kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan tetapi sehingga kini, mereka tidak berminat membincangkan perkara ini.

“Kami menghormati pakatan BA. Sebab itu kami mahu runding. Jika, di saat akhirpun masih tak mahu bincang, enggan berunding maka tak ada apa yang kami boleh buat. Kami terpaksa putuskan kerusi mana yang kami akan tandingi,” tegas beliau kesal.

Haji Ishak menyarankan agar PKR Wilayah terus berunding dengan DAP untuk bertanding di mana-mana kerusi selain dari enam kawasan yang telah diputuskan PAS itu.

Ogos tahun lalu, PAS Wilayah Persekutuan telah membuat kenyataan pertama kepada media memutuskan untuk bertanding di enam kawasan perlimen terbabit.

Malah, keputusan Wilayah itu telah diuar-uarkan pada Muktamar Tahunan PAS Ke 52, di Kota Bharu oleh Haji Ishak Surin dalam ucapan perbahasannya selaku perwakilan PAS Wilayah.

Namun, ia tidak mendapat sebarang reaksi balas dari PKR.

Keputusan ini dibuat, jelas Haji Ishak, bagi memboleh semua jentera pilihan raya peringkat kawasan terbabit digerakkan serta-merta disamping menyelaraskan pengembelingan tenaga semua petugas pilihan raya seluruh Wilayah termasuklah urusan pengumpulan dana.

Serentak itu, Haji Ishak mengarahkan semua Jabatan Pilihan Raya Kawasan (JPRK) menggerakkan bilik-bilik gerakan serta-merta dan menerus serta mempertingkatkan pelbagai kursus pilihan raya yang berkaitan.

“Mulai sekarang, pelbagai aktiviti bersama masyarakat ditangani segera secara kreatif. Tiba masanya, kita turun all out dan jangan teragak-agak lagi. Kita bertanding di kawasan-kawasan ini,” tegas beliau.

Haji Ishak berkata, seluruh jentera pilihan raya di keenam-enam kawasan ini telah diaktifkan dan JPN amat berpuashati dengan persiapan PAS kawasan dan jentera pilihan rayanya disamping moral ahli-ahli yang begitu tinggi dan komited.

Badan Perhubungan PAS Wilayah, jelasnya telah mengemukakan senarai calon-calon bertaraf nasional kepada PAS Pusat untuk pertimbangan bagi mengisi keenam-enam kawasan tersebut.

JPN katanya, telah melawat dan berdialog dengan semua JPRK kawasan bertanding beberapa kali dan mendapati persiapan mereka cukup mengkagumkan dengan gerakerja yang bersepadu, tidak seperti sebelumnya.

“Kawasan yang tidak bertanding, telah bersepakat untuk membantu lima kawasan yang bertanding dalam pilihan raya kali ini. Ini komitmen mantap yang pernah ditunjukkan bagi merealisasikan hasrat PAS Wilayah untuk memenangi beberapa kerusi dalam pilihan raya kali ini,” tegas Haji Ishak.
 
semasa 1990 dulu PAS mempergunakan perngaruh KuLi utk menang kelantan,lepas tu lantik NA jadi MB. Bila S46 dah lemah,maka S46 dipinggirkan, PAS mula tamak kuasa, segala2nya berakhir bila S46 dibubar,PAS absolute ruler di Kelantan.
Menjelang tahun 1999, pengaruh PAS semakin merosot,takda pembangunan, tapi bila kes Anwar Ibrahim meledak, PAS seperti prinsip politiknya yg mempergunakan agama dan individu utk meraih undi,memperalatkan isu Anwar Ibrahim, dan mereka berjaya mengekalkan Kelantan, disamping masuk ke Kedah, Selangor,Pahang,Perak.
Tahun 2004, bila pengaruh Anwar mula hilang, melayu sudah lupa, ISlam hadhari naik, Mahathir berundur, Pak Lah janji2 manis, PAS kalah teruk.
Tahun 2008, PAS akan perguna dan peralatkan pengaruh Anwar lagi utk mengekalkan Kelantan, tetapi memberikan kerusi yg PKR susah menang di DUN dlm parlimen Gua Musang dan Jeli. ibarat membunuh diri bagi PKR. Seat2 yg selamat semua PAS bolot seperti biasa. Inilah semangat setiakawan PAS. PAS hanya memperalatkan Islam dan ketokohan Anwar Ibrahim utk menang plihanraya.
 
syok jer aku baca.. tapi iswara hijau tak pandai muncul so tak nak komen apa2..
 
ko ambik statement kroni umno ker......ni mesti suratkabar kroni ni

cuba ko gi baca surat kabar harakah lak:):):D:D:D
 
Back
Top
Log in Register