BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Parti baharu dah daftar cuma tukar nama, kata Hamzah

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Parti baharu dah daftar cuma tukar nama, kata Hamzah​

f9bdf0d8-hamzah-zainudin-fmt-170626.jpg

Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin melancarkan parti baharu, Parti Wawasan Negara (Wawasan) pada konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan, 13 Jun lalu.

Hamzah berkata beliau mengambil alih parti yang sudah diluluskan pendaftarannya dengan JPPN cuma nama sahaja ditukar.

“Saya ambil alih parti, (cuma) nama sahaja ditukar,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pertemuan bersama Ahli Parlimen pembangkang di Ibu Pejabat PAS.

Beliau mengulas dakwaan termasuk oleh pemimpin Bersatu yang mengatakan Wawasan yang diumumkan minggu lalu sebagai parti ‘scam’ kerana ia belum berdaftar dengan JPPM.

Pada 13 Jun lalu, Hamzah mengumumkan beliau menyertai sebuah parti baharu, dikenali sebagai Parti Wawasan Negara.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, beritahu FMT bahawa Hamzah mengambil alih sebuah parti, namun tidak mendedahkan nama asal.

Semalam, ketua pengarah JPPM, Zulfikar Ahmad, berkata pihaknya masih belum menerima sebarang permohonan rasmi untuk penubuhan sebuah parti politik baharu yang menggunakan nama Parti Wawasan Negara.

Dalam perkembagan lain Hamzah berkata mesyuarat itu juga turut membincangkan persiapan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, setiap Ahli Parlimen pembangkang akan turun membantu calon dalam dua PRN itu.

“Jadi rakan-rakan terutama Ahli Parlimen pembangkang akan turun membantu calon-calon kita. Itu dibincangkan,”katanya.
 
Back
Top
Log in Register