BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[PART 1] Fanpage Tutorial - Static Image

Apa Pendapat Anda Mengenai Tutorial Ini...?


  • Total voters
    0

RembauWebSolution

Active Member
Messages
1,929
Joined
Sep 30, 2011
Messages
1,929
Reaction score
231
Points
33
PS: Ini bukan Marketing Strategy untuk Promosi servis Fanpage. Ini tutorial percuma dan semua orang boleh buat fanpage sendiri.

Lfwt1.png

Assalamualaikum w.b.t.
Izinkan Tok perkenalkan diri dulu, dahulu diri ini dikenali sebagai Tok Sidang. Tetapi kini telah bertukar nama kepada RembauWebSolution kerana terdapat ID lain bernama tuksidang dalam ini yang merupakan scammer MLM tersohor. Walaupun hanya berbezaan pada ejaan tetapi lebih afdal untuk Tok menukar nama untuk mengelakkan kekeliruan. TQ

---------------------------------​

Back to the topic
:">

Kalau ini astrok sila delete ya.
Hari ini Tok saje nak berkongsi mengenai cara untuk membuat Fanpage.
Ya Tok tahu mungkin ramai yang sudah tahu membina Fanpage tetapi mungkin ada yang tidak tahu.
Kepada yang tidak tahu tu mudahan ilmu ini berguna buat kalian.
Kepada yang sudah tahu tu tahniah Tok ucapkan.


Apa itu Facebook?
Facebook adalah platform social media yang mempunya lebih daripada 700 juta user
Di Malaysia sahaja terdapat lebih dari 10 juta user (termasuk anda)
Ianya sebuah platform yang viral dan amat berguna untuk berkomunikasi
Ramai kawan, lawan mahupun silent reader dan secret admirer sering memerhatikan kita di sana

Apa itu Fanpage Facebook?
Fanpage merupakan sebuah laman mini yang terdapat di dalam Facebook
Ianya bertujuan untuk sesuatu produk, syarikat, individu untuk menarik pelanggan
Ianya juga berguna untuk meningkatkan tahap kesedaran sesuatu produk itu kepada pengguna
Individu juga penggunakannya sebagai satu platform untuk berhugung dengan ahli atau peminat

Apakah Model pembelajaran yang kita akan belajar di sini?
Kita akan belajar cara membina Fanpage dari A-Z
Tetapi kita akan bermula dari asas bermakna ianya hanya basic buat permulaan
Ini bagi mengelakkan mereka yang mempunyai zero knowledge akan ketinggalan
Jika ada masa dan kesempatan insyaALLAH pelajaran ini akan berterusan (itupun jika ada sambutan)

---------------------------------​

1jzs0.png


[+] Semestinya anda perlu mempunyai account Facebook
[+] Jika tiada anda boleh create di sini
[+] Setelah anda crete/daftar jangan lupa untuk add ramai friends
[+] Ini berguna untuk mempromosi Fanpage anda dikemudian hari
[+] Seterusnya anda boleh letak picture profile dan isikan informasi diri anda


xGc4o.png


[+] Pastikan account anda telah siap berdasarkan Step 1 di atas
[+] Seterusnya pergi ke http://www.facebook.com/pages/create.php
[+] Anda akan nampak gambar seperti di bawah:

j1haf.png


[+] Sila pilih kategori yang berkaitan dengan Page yang anda ingin buat
[+] Pastikan ianya bersesuaian dengan perancangan anda
[+] Jika Page Syarikat sila pilih Company
[+] dan jika Page Product sila pilih Brand/Product

tOoOd.png


[+] Andaikata anda ingin membina Page Syarikat sila pilih Company seperti di atas
[+] Isi maklumat dan info yang diminta dan jangan lupa untuk klik I agree to Facebook Pages Terms
[+] Seterusnya klik Get Started
[+] Selepas itu anda perlu mengisi Captcha dan hanya ikut apa yang tertera
[+] Captcha di atas hanya untuk account Facebook yang belum/tidak verified sahaja


XbNDX.png


[+] Tahniah kini anda sudah mempunya Fanpage!
[+] Tetapi tutorial ini tidak berhenti di sini kerana kita akan belajar sehingga part design Fanpage
[+] Perhatikan Fanpage URL anda di address bar seperti di bawah:

boHfu.png


[+] Ini merupakan URL untuk Fans anda datang melawat
[+] Kita boleh memendekkannya kepada pilihan URL sendiri dan ini dipanggil Vanity URL
[+] Sesetengah kategory memerlukan kita mempunya minimum 25 Fans untuk kita menukar URL tersebut
[+] Jika anda sudah mempunyai minimum 25 Fans maka anda boleh menukar URL seperti Facebook.com/NamaSyarikatAnda
[+] Jika anda mempunya vanity URL ia akan nampak lebih professional berbanding URL biasa yg panjang
[+] Ingat Lagi? Step 1 kita perlu add friends seramai mungkin
[+] Ini lah sebabnya, supaya kita dapat menarik mereka LIKE Fanpage kita
[+] Anda hanya perlu klik link Share seperti gambar di bawah dan Share kepada rakan
[+] Bole genap 25 Fans maka anda boleh mempunya vanity URL sendiri contohnya Facebook.com/NamaSyarikatAnda

vv0iI.png



Kkhh7.png


[+] Seterusnya kita akan pelajari cara membina Fanpage
[+] Anda perlu pergi ke App Static HTML dengan (klik sini)
[+] Kemudian klik pada button Add Static HTML to a Page seperti di bawah

kIZRW.png


Nota:
Apa itu App Static HTML?
Ianya sebuah Applikasi bagi membantu kita membina website mini dan masuk ke dalam Fanpage

Jadi perlu ke saya mahir coding?
Ya setakat yang basic untuk anda membina fanpage contohnya seperti <b> <img> dan sebagainya
insyaALLAH tutorial ini akan merangkumi subject tersebut (jika ada sambutan)

Apa alternatif kepada App Static HTML?
Ada juga alternatif lain seperti di bawah
iFrame Wrapper App (klik sini)
TabPress App (klik sini)

Jadi mengapa App Static HTML dan bukan iFrameWrapper atau TabPress?
Ini adalah kerana kedua di atas mempunyai branding manakala Static HTML tiada Branding
Sila lihat di bawah untuk penjelasan

qe5zP.png


9z2It.png


* Jadi adalah lebih baik kita gunakan App Static HTML kerana tiada Branding (klik sini)


OXk3H.png


[+] Berdasarkan Step 4 di atas anda perlu klik Add Static HTML to a Page
[+] Selepas anda klik, anda akan lihat seperti gambar di bawah

GSXpK.png


[+] Selepas klik anda akan terus dibawa ke Fanpage anda
[+] Tetapi jika anda mempunya lebih dari satu Fanpage, anda akan diminta untuk memilih Fanpage untuk di 'add'
[+] Jika anda sudah berjaya add Apps tersebut, anda akan lihat seperti gambar di bawah

4Cc8t.png


[+] Kesemua yang di bawah profile picture itu dipanggil Tab
[+] Anda akan lihat Tab Welcome dan itulah App Static HTML yang berjaya anda masukkan


dgjg9.png


[+] Langkah seterusnya melihatkan kemahiran coding HTML untuk membina Fanpage
[+] Adakah ianya rumit? Jawapannya Tidak jika anda mempunyai semangat untuk belajar
[+] Seterusnya klik pada button Tab Welcome anda
[+] Anda akan nampak gambar seperti di bawah

0VdWB.png


[+] Terdapat 2 petak di dalam gambar di atas dan di sinilah bermulanya segala kerja yang rumit
[+] Kenapa? dah mula takut.. hehe jangan risau
[+] Petak Enter your content here adalah tempat untuk tatapan umum dan terbuka untuk semua
[+] Petak [Optional] Fans-only content adalah untuk Fans sahaja dan ini dipanggil Fangate
[+] Fanpage hanya digunakan jika anda ingin Facebook User untuk LIKE sebelum melihat content anda
[+] Ianya dipanggil sebagai salah satu concept Viral Marketing dalam Facebook


5fodg.png


Mari kita test sama-sama

[+] Kita mulakan dengan ruangan/bahagian Enter your content here
[+] Sila taip Content untuk Public! Tidak perlu Like untuk lihat content...

lKP42.png


[+] Seterusnya bahagian/ruangan Fans Only Content pula
[+] Sila taip Content untuk Fans sahaja! Perlu Like untuk lihat content...

73iNL.png


[+] Seterusnya klik pada Save Changes seperti gambar di bawah

vg2vd.png


[+] Seterusnya klik pada Preview untuk melihat hasilnya

geo5A.png


Inilah hasil test kita!

[+] Untuk Preview Mode terdapat 2 view iaitu Public Content dan Fans Content
[+] Untuk Public Content kita akan lihat seperti gambar di bawah
[+] Public terdiri daripada user yang bukan Fans dan mereka yang tidak klik Like

h5XWd.png


[+] Untuk Fans pula anda akan lihat seperti di bawah
[+] Content ini hanya dapat dilihat jika mereka klik pada Like Fanpage anda

xZeGy.png


Bagaimana? Mudah Bukan?

[+] Mudahan sekarang anda sudah mendapat idea bagaimana membuat Fanpage sendiri
[+] Malah ini bakal membuka peluang perniagaan bagi anda jika ingin membuat servis membina Fanpage
[+] Seterusnya anda hanya perlu mempunyai kemahiran asa HTML sahaja
[+] Untuk lebih mudah, anda juga boleh menggunakan Applikasi Nvu


FvnlD.png


[+] Jika berkesempatan dan jika ada sambutan insyaALLAH akan diteruskan
[+] Antara topik akan datang adalah
[-] HTML asas untuk mencipta Fanpage
[-] Photoshop asas untuk memasukkan gambar/design
[-] Bagaimana menggunakan Nvu dan masukkan ke dalam Fanpage
[-] Memasukkan borang atau contact form
[-] Bagaimana memasang HTTPS facebook
[-] dan sebagainya... insyaALLAH

Sekian, mudahan maklumat ini berguna buat anda. Terima Kasih

PS: Ini bukan Marketing Strategy untuk Promosi servis Fanpage. Ini tutorial percuma dan semua orang boleh buat fanpage sendiri.
 
Last edited:
Terdapat beberapa jenis Fanpage design.
Antaranya bentuk bergambar menggunakan photoshop dan dimasukkan ke Fanpage.
Untuk kali ini Tok akan menyentuk bab Fanpage melalui Image dahulu sebelum kita pergi ke topik lain.

x7hco.png


[+] Pastikan anda mempunyai Adobe Photoshop atau mana-mana image editor
[+] Kalau tiada anda boleh download Percuma Photoshop CS5 versi Portable (klik sini)
[+] Di sini kita akan pelajari Fanpage bergambar untuk Fans dan Bukan Fans (Facebook Fangate)
[+] Bermaksud sebelum klik Like mereka akan lihat Gambar A dan selepas klik Like dapat lihat Gambar B


XyQKV.png


d5WUf.png


[+] Live sample boleh klik di sini
[+] Fanpage jenis ini hanya berlatar belakangkan gambar dan design
[+] Ini lebih kepada daya kretivity anda dalam bermain dengan photoshop


1jzs0.png


[+] Pertama sekali kita akan belajar membuat design untuk yang bukan Fans
[+] Bermakna muka depan untuk mereka yang tidak atau belum Klik Like
[+] Pastikan anda mempunyai Photoshop (atau download CS Portable di sini)
[+] Selepas selesai download, buka applikasi photoshop anda
[+] Selepas itu klik pada File > New
[+] Lihat gambar di bawah

QMIIF.png


[+] Kemudian akan ada kotak pop-up muncul seperti gambar di bawah
[+] Sila isikan 100% seperti gambar di bawah
[+] Untuk Width letak 500 px
[+] Untuk Height letak 750 px

2SLIE.png


[+] Anda akan mendapat petak segi empat bersaiz 500x750 seperti di bawah
[+] Di dalam ruangan inilah kita akan meluahkan hasil karya creativity kita
[+] Bagi yang pakar photoshop bolehlah buat pelbagai design yang menarik
[+] Bagi yang masih baru kita akan mulakan buat yang simple dahulu dalam tutorial ini
[+] Kita mulakan dengan memilih warna base background terlebih dahulu


xGc4o.png


[+] Sila perhatikan gambarajah di bawah
[+] Langkah pertama kita klik pada pilihan warna seperti anak panah No.1
[+] Langkah kedua kita pilih warna tema yang bersesuaian contohnya hitam
[+] Langkah ketiga kita klik pada paint bucket untuk mewarnakan petak

1YgBp.png


[+] Petak anda akan bertukar ke warna hitam seperti gambar di bawah
[+] Anda boleh pilih warna mengikut kesesuaian anda

i4Z7e.png


[+] Seterusnya kita akan memasukkan logo untuk header
[+] Klik pada File > Open seperti gambar di bawah
[+] Cari lokasi logo anda di dalam komputer dan masukkan

XOQHL.png


[+] Hasilnya seperti di bawah
[+] Anda boleh masukkan logo ataupun sekadar meletakkan text sahaja

JQOVH.png



XbNDX.png


[+] Tahniah anda sudah ada base backgroun Fanpage
[+] Dan juga anda mempunya Logo atau header untuk Fanpage anda
[+] Seterusnya kita akan design body Fanpage
[+] Tidak semestinya anda perlu ikut, ini berdasarkan creativity masing2
[+] Langkah No.1 pilih warna seperti gambarajah di bawah
[+] Langkah No.2 klik pada Rectangle Tool
[+] Langkah No.3 pilih keluasan saiz rectangle yang hendak dimasukkan

6BWfk.png


[+] Anda juga boleh menggunakan daya creativity dan menokok nambah seperti di bawah
[+] Dengan 3 langkah mudah, pilih warna - rectangle tool - pilih tempat dan masukkan

PjGTK.png



Kkhh7.png


[+] Mudah bukan? Cuma perlu ingat 3 langkah Pilih Warna > Rectangle Tool > Pilih Tempat Letak
[+] Seterusnya kita akan masukkan Font/Text atau perkataan yang diinginkan
[+] Juga gunakan 3 langkah iaitu Pilih Warna > Horizontal Type Tool > Pilih Tempat Taip
[+] Boleh lihat contoh di bawah

udR5s.png


[+] Anda boleh touch-up atau tokok tambah untuk beri lebih cantik
[+] Antaranya seperti meletak gambar seperti contoh di bawah
[+] Caranya sama seperti memasukkan logo seperti langkah sebelum ini
[+] Dengen 3 Langkah iaitu File > Open > Masukkan Gambar
[+] Untuk mengubah saiz gambar supaya nampak sesuai, hanya perlu klik Ctrl+T pada keyboard
[+] Kemudian gerakkan atau ubahkan saiz gambar mengikut kesesuaian

2X5al.png



OXk3H.png


[+] Setelah anda rasa berpuas hati dengan design content untuk Welcome Tab, tibalah masa untuk SAVE
[+] Juga dengan 2 Langkah mudah iaitu File > Save For Web & Device
[+] Sila lihat gambarajah di bawah

oGWgm.png


[+] Seterusnya anda akan lihat seperti gambarajah di bawah
[+] Perhatikan 3 anak panah di bawah
[+] Pertama pastikan format adalah .jpeg
[+] Kedua pastika saiz adalah tepat iaitu 500x750
[+] Ketiga jangan lupa untuk klik SAVE dan namakan file anda contohnya non-fans-welcome.jpeg

ukUGj.png



dgjg9.png


[+] Seterusnya kita perlu simpan file tersebut ke dalam hosting
[+] Tujuan perlu simpan di dalam hosting ialah supaya kita boleh iFrame atau Facebook boleh baca
[+] Anda boleh gunakan hosting sendiri jika ada
[+] Jika tidak maka saya cadangkan imgur (klik sini) seperti gambar di bawah
[+] imgur.com dipilih kerana ia mudah dan pantas
[+] Klik pada Computer

Lf04v.png


[+] Cari fail atau gambar yang anda save sebentar tadi
[+] Contohnya non-fans-welcome.jpeg

cjkCw.png


[+] Kemudian klik pada Upload
[+] Perhatikan betapa pantas ia upload file image anda

BpNn2.png


[+] Seterusnya pastikan anda copy Link URL image
[+] Sila lihat anak panah merah di bawah dan itulah link URL yang anda perlu simpan

rhMzY.png



5fodg.png


[+] Tahniah anda sudah mempunyai Fanpage atau Welcome Tab untuk Non-Fans
[+] Sekarang mari kita masukkan ke dalam Facebook Fanpage pula
[+] Anda ingat lagi Post #1 Step #7...? Cara untuk isi content Fanpage...
[+] Langkah yang sama cuma kali ini kita akan masukkan image yang baru kita buat tadi
[+] Kita mulakan dengan ruangan/bahagian Enter your content here
[+] Sila taip code ini ---> <img src="http://URL imgur Anda">
[+] Gantikan URL imgur Anda dengan URL anda sendiri

62yUk.png


[+] Seterusnya bahagian/ruangan Fans Only Content pula
[+] Yang ni belum siap jadi buat sementara taip sahaja Inilah Content Untuk Fans

5B1F6.png


[+] Seterusnya klik pada Save Changes seperti gambar di bawah

vg2vd.png


[+] Seterusnya klik pada Preview untuk melihat hasilnya

geo5A.png


[+] Untuk view yang lebih menarik dan tepat, anda perlu log out sebagai Admin atau gunakan browser lain
[+] Contoh Live boleh lihat di sini

TAHNIAH..! Ini hasil anda...

EYIRT.png



MfXix.png


[+] Tahniah kerana anda sudah anda Fanpage welcome Tab untuk Non-Fans
[+] Apa yang anda buat sebelum ini adalah welcome Tab untuk mereka yang belum klik LIKE
[+] Sekarang tibalah masa untuk kita buat welcome Tab untuk Fans
[+] Ini merupakan content bagi mereka yang telah klik LIKE
[+] Untuk design anda boleh ikut Step 1 hingga Step 5 (Post 2)
[+] Contohnya hasil seperti di bawah

yXw3V.jpg


[+] Kemudian ikuti Step 6 iaitu upload ke imgur.com
[+] Kemudian iktuti Step 7 iaitu megisi content untuk Fans (seperti di bawah)
[+] Seterusnya bahagian/ruangan Fans Only Content pula
[+] Sila taip code ini ---> <img src="http://URL imgur Anda">
[+] Gantikan URL imgur Anda dengan URL anda sendiri

dmpg9.png


[+] Seterusnya klik pada Save Changes seperti gambar di bawah

vg2vd.png


[+] Seterusnya klik pada Preview untuk melihat hasilnya

geo5A.png


[+] Untuk view yang lebih menarik dan tepat, anda perlu log out sebagai Admin atau gunakan browser lain
[+] Untuk Live Preview boleh lihat contoh di sini
[+] TAHNIAH Sekarang anda sudah mempunyai Fanpage dengan Fangate!
[+] Mereka yang belum Like akan lihat Content A dan yang sudah Like akan lihat Content B


FvnlD.png


[+] Mencipta Fanpage menggunakan HTML dan NVU Application
[+] Cara mendapatkan HTTPS Percuma
[+] Cara mendapatkan hosting Percuma
[+] dan banyak lagi..insyaALLAH


sorOx.png


PERCUMA - Fanpage Design
Contoh design adalah seperti di bawah.
Anda hanya perlu download di bawah.
Tapi sebelum tu pastikan anda baca tutorial terlebih dahulu.
Ini adalah format .psd dan jika anda baca tutorial sudah pasti anda tahu gunakannya :)


DaB7G.jpg


Download Klik Sini

...
 
Last edited:

COMMUNITY SERVICE
vanity URL

03ZNS.png


Jika anda membaca Tutorial ini darim mula hingga habis, sudah pasti anda tahu apa itu vanity URL
Bagi yang tidak tahu apa itu vanity URL boleh klik sini untuk WikiPedia explanation

Ini merupakan community service bagi membantu CGrian mempunyai vanity URL.
Untuk mempunyai URL sendiri Fanpage anda memerlukan minimum 25 Fans.
Hanya ada SATU sahaja cara untuk anda mendapatkan 25 Fans ini.

Dan jawapan WonderPet adalah KERJASAMA

Jadi apa yang perlu dibuat adalah:

[+] Postkan URL Fanpage anda di thread ini
[+] Fanpage anda akan masukkan ke dalam senarai di post ini
[+] Anda hanya perlu bekerjasa untuk Like sesama sendiri
[+] Fanpage anda akan dikeluarkan dari senarai setelah mencapai 25 Fans

Perlu diingatkan:
[+] Ini bukanlah servis menaikkan fans anda
[+] Objektif hanyalah untuk mempunyai 25 Fans untuk mendapatkan vanity URL
[+] Hanya mereka yang kurang 25 Fans sahaja yang akan disenaraikan

Terima Kasih :)


hYLSk.png


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.


b8Ula.png


1.
2.
3.
4.
5.
 
Last edited:
cantik la tok..penerangan yg cukup baik

sy nk wat untuk fb sy..nak tggu yng masuk kan gambo ni dah klik untuk ke link website
 
subscribe dulu thread ni. nanti nak buat. :D
 
Back
Top
Log in Register