BTC USD 81,330.1 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[PART 1] Fanpage Tutorial - Static Image

Apa Pendapat Anda Mengenai Tutorial Ini...?


  • Total voters
    0
Dah try buat fanpage and this is the result:

www.facebook.com/TinieFashionHouse :):):)

Semua dijemput untuk visit my Fanpage and you are most welcome to click LIKE button. Saya akan bagi DISKAUN utk sesiapa yg like my fanpage :D:D

Sorry Tok Rembau,terbuat iklan kat sini.Actually tengah excited sbb dah ada Fanpage sendiri.hehe...TQVM
 
Terbaikkk..

PS: Ini bukan Marketing Strategy untuk Promosi servis Fanpage. Ini tutorial percuma dan semua orang boleh buat fanpage sendiri.

Lfwt1.png




---------------------------------​

Back to the topic
:">

Kalau ini astrok sila delete ya.
Hari ini Tok saje nak berkongsi mengenai cara untuk membuat Fanpage.
Ya Tok tahu mungkin ramai yang sudah tahu membina Fanpage tetapi mungkin ada yang tidak tahu.
Kepada yang tidak tahu tu mudahan ilmu ini berguna buat kalian.
Kepada yang sudah tahu tu tahniah Tok ucapkan.


Apa itu Facebook?
Facebook adalah platform social media yang mempunya lebih daripada 700 juta user
Di Malaysia sahaja terdapat lebih dari 10 juta user (termasuk anda)
Ianya sebuah platform yang viral dan amat berguna untuk berkomunikasi
Ramai kawan, lawan mahupun silent reader dan secret admirer sering memerhatikan kita di sana

Apa itu Fanpage Facebook?
Fanpage merupakan sebuah laman mini yang terdapat di dalam Facebook
Ianya bertujuan untuk sesuatu produk, syarikat, individu untuk menarik pelanggan
Ianya juga berguna untuk meningkatkan tahap kesedaran sesuatu produk itu kepada pengguna
Individu juga penggunakannya sebagai satu platform untuk berhugung dengan ahli atau peminat

Apakah Model pembelajaran yang kita akan belajar di sini?
Kita akan belajar cara membina Fanpage dari A-Z
Tetapi kita akan bermula dari asas bermakna ianya hanya basic buat permulaan
Ini bagi mengelakkan mereka yang mempunyai zero knowledge akan ketinggalan
Jika ada masa dan kesempatan insyaALLAH pelajaran ini akan berterusan (itupun jika ada sambutan)

---------------------------------​

1jzs0.png


[+] Semestinya anda perlu mempunyai account Facebook
[+] Jika tiada anda boleh create di sini
[+] Setelah anda crete/daftar jangan lupa untuk add ramai friends
[+] Ini berguna untuk mempromosi Fanpage anda dikemudian hari
[+] Seterusnya anda boleh letak picture profile dan isikan informasi diri anda


xGc4o.png


[+] Pastikan account anda telah siap berdasarkan Step 1 di atas
[+] Seterusnya pergi ke http://www.facebook.com/pages/create.php
[+] Anda akan nampak gambar seperti di bawah:

j1haf.png


[+] Sila pilih kategori yang berkaitan dengan Page yang anda ingin buat
[+] Pastikan ianya bersesuaian dengan perancangan anda
[+] Jika Page Syarikat sila pilih Company
[+] dan jika Page Product sila pilih Brand/Product

tOoOd.png


[+] Andaikata anda ingin membina Page Syarikat sila pilih Company seperti di atas
[+] Isi maklumat dan info yang diminta dan jangan lupa untuk klik I agree to Facebook Pages Terms
[+] Seterusnya klik Get Started
[+] Selepas itu anda perlu mengisi Captcha dan hanya ikut apa yang tertera
[+] Captcha di atas hanya untuk account Facebook yang belum/tidak verified sahaja


XbNDX.png


[+] Tahniah kini anda sudah mempunya Fanpage!
[+] Tetapi tutorial ini tidak berhenti di sini kerana kita akan belajar sehingga part design Fanpage
[+] Perhatikan Fanpage URL anda di address bar seperti di bawah:

boHfu.png


[+] Ini merupakan URL untuk Fans anda datang melawat
[+] Kita boleh memendekkannya kepada pilihan URL sendiri dan ini dipanggil Vanity URL
[+] Sesetengah kategory memerlukan kita mempunya minimum 25 Fans untuk kita menukar URL tersebut
[+] Jika anda sudah mempunyai minimum 25 Fans maka anda boleh menukar URL seperti Facebook.com/NamaSyarikatAnda
[+] Jika anda mempunya vanity URL ia akan nampak lebih professional berbanding URL biasa yg panjang
[+] Ingat Lagi? Step 1 kita perlu add friends seramai mungkin
[+] Ini lah sebabnya, supaya kita dapat menarik mereka LIKE Fanpage kita
[+] Anda hanya perlu klik link Share seperti gambar di bawah dan Share kepada rakan
[+] Bole genap 25 Fans maka anda boleh mempunya vanity URL sendiri contohnya Facebook.com/NamaSyarikatAnda

vv0iI.png



Kkhh7.png


[+] Seterusnya kita akan pelajari cara membina Fanpage
[+] Anda perlu pergi ke App Static HTML dengan (klik sini)
[+] Kemudian klik pada button Add Static HTML to a Page seperti di bawah

kIZRW.png


Nota:
Apa itu App Static HTML?
Ianya sebuah Applikasi bagi membantu kita membina website mini dan masuk ke dalam Fanpage

Jadi perlu ke saya mahir coding?
Ya setakat yang basic untuk anda membina fanpage contohnya seperti <b> <img> dan sebagainya
insyaALLAH tutorial ini akan merangkumi subject tersebut (jika ada sambutan)

Apa alternatif kepada App Static HTML?
Ada juga alternatif lain seperti di bawah
iFrame Wrapper App (klik sini)
TabPress App (klik sini)

Jadi mengapa App Static HTML dan bukan iFrameWrapper atau TabPress?
Ini adalah kerana kedua di atas mempunyai branding manakala Static HTML tiada Branding
Sila lihat di bawah untuk penjelasan

qe5zP.png


9z2It.png


* Jadi adalah lebih baik kita gunakan App Static HTML kerana tiada Branding (klik sini)


OXk3H.png


[+] Berdasarkan Step 4 di atas anda perlu klik Add Static HTML to a Page
[+] Selepas anda klik, anda akan lihat seperti gambar di bawah

GSXpK.png


[+] Selepas klik anda akan terus dibawa ke Fanpage anda
[+] Tetapi jika anda mempunya lebih dari satu Fanpage, anda akan diminta untuk memilih Fanpage untuk di 'add'
[+] Jika anda sudah berjaya add Apps tersebut, anda akan lihat seperti gambar di bawah

4Cc8t.png


[+] Kesemua yang di bawah profile picture itu dipanggil Tab
[+] Anda akan lihat Tab Welcome dan itulah App Static HTML yang berjaya anda masukkan


dgjg9.png


[+] Langkah seterusnya melihatkan kemahiran coding HTML untuk membina Fanpage
[+] Adakah ianya rumit? Jawapannya Tidak jika anda mempunyai semangat untuk belajar
[+] Seterusnya klik pada button Tab Welcome anda
[+] Anda akan nampak gambar seperti di bawah

0VdWB.png


[+] Terdapat 2 petak di dalam gambar di atas dan di sinilah bermulanya segala kerja yang rumit
[+] Kenapa? dah mula takut.. hehe jangan risau
[+] Petak Enter your content here adalah tempat untuk tatapan umum dan terbuka untuk semua
[+] Petak [Optional] Fans-only content adalah untuk Fans sahaja dan ini dipanggil Fangate
[+] Fanpage hanya digunakan jika anda ingin Facebook User untuk LIKE sebelum melihat content anda
[+] Ianya dipanggil sebagai salah satu concept Viral Marketing dalam Facebook


5fodg.png


Mari kita test sama-sama

[+] Kita mulakan dengan ruangan/bahagian Enter your content here
[+] Sila taip Content untuk Public! Tidak perlu Like untuk lihat content...

lKP42.png


[+] Seterusnya bahagian/ruangan Fans Only Content pula
[+] Sila taip Content untuk Fans sahaja! Perlu Like untuk lihat content...

73iNL.png


[+] Seterusnya klik pada Save Changes seperti gambar di bawah

vg2vd.png


[+] Seterusnya klik pada Preview untuk melihat hasilnya

geo5A.png


Inilah hasil test kita!

[+] Untuk Preview Mode terdapat 2 view iaitu Public Content dan Fans Content
[+] Untuk Public Content kita akan lihat seperti gambar di bawah
[+] Public terdiri daripada user yang bukan Fans dan mereka yang tidak klik Like

h5XWd.png


[+] Untuk Fans pula anda akan lihat seperti di bawah
[+] Content ini hanya dapat dilihat jika mereka klik pada Like Fanpage anda

xZeGy.png


Bagaimana? Mudah Bukan?

[+] Mudahan sekarang anda sudah mendapat idea bagaimana membuat Fanpage sendiri
[+] Malah ini bakal membuka peluang perniagaan bagi anda jika ingin membuat servis membina Fanpage
[+] Seterusnya anda hanya perlu mempunyai kemahiran asa HTML sahaja
[+] Untuk lebih mudah, anda juga boleh menggunakan Applikasi Nvu


FvnlD.png


[+] Jika berkesempatan dan jika ada sambutan insyaALLAH akan diteruskan
[+] Antara topik akan datang adalah
[-] HTML asas untuk mencipta Fanpage
[-] Photoshop asas untuk memasukkan gambar/design
[-] Bagaimana menggunakan Nvu dan masukkan ke dalam Fanpage
[-] Memasukkan borang atau contact form
[-] Bagaimana memasang HTTPS facebook
[-] dan sebagainya... insyaALLAH

Sekian, mudahan maklumat ini berguna buat anda. Terima Kasih

PS: Ini bukan Marketing Strategy untuk Promosi servis Fanpage. Ini tutorial percuma dan semua orang boleh buat fanpage sendiri.

terbaikkk.. brooo.. :D:)cgrock
bole jadi contoh yg baik bebbb.. wa cakap lu cite sini habis sini erh. Maaf bercakap la. Kebanyakkan wa tgk org kiter ni ape benda pun semuenye nak jual, tak mcm org luar.. just donate jer, kalau tak donate pun tak kisah, janji komen say TQ..
Pada hal sumber2 ni pun dapat dlm tenet jer.. ape2 pun teruskan dgn idea2 & ilmu yg ade utk dikongsi member2 CG.. :)cgrock R.W.S :D
 
tt , bleh kongsi cara nak dpt free ssl ??
 
ramaila pakat gulung tikor pasni..

Wa rase tak kaklimah,setakat ramaila gulung tikar.
Lagi ramaila beratus2 bijak pandai yg belajar dari thread ni.. Org msia juga, betul tak?
Wa tgk negara indon, pakistan, negara org putih & lain2 lagi.. Kebanyakkannye dia org suker berkongsi idea, dari komen2 tu dia org akan tahu same ade ape yg dia org buat tu bug atau pun tidak..
Dia org tu minta juga duit(payung)..Tapi seikhlas yg mampu, kalau tak mampu pun takpe, dia org tak marah pun.. Hanya komen TQ pn dah kire ok dah..
Wa harap warga CG dapatla support thread ni sehabis support..:D (bukan nak bodek,tapi nak inject semangat agar lebih ramai Org msia yg bijak pandai):)):)cgrock
 
90% betul :)

Sebenarnya di Alam Maya ni semuanya Percuma.
Sama ada kita rajin atau pemalas itu yang membezakannya.

Yang terlebih rajin tu akan buat lebih research dan jadikan ebook.
Dan yang kurang rajin tu akan membeli ebook itu untuk dijadikan rujukan/shortcut
Tapi ramai yg dah beli ebook tu tak juga praktikkan benda tu
At the end of the day semua ilmu itu tetap percuma di internet.

Renung-renungkan :)
Betul tu tok, ilmu ni tak bole lokek2.. dh byk renung tok.. sedihnye ade yg jual.. jual bukan tak bole jual, tapi jgn la mahal2.. agak2 la.. dgn ade org mcm tok ni, wa yakin dgn adenye thread ni makin ramai la org mcm tok yg bole di kongsi ilmunye.. semoga ilmu tok ni diberkati.. amin..
 
sapa2 join amazon affiliate boleh ler promote di fan page :

Ni Kod dia

<html>
<head>
<title>diamond necklace</title>
</head>
<body bgcolor='#FFFFFF'>

<script type='text/javascript'>
var amzn_wdgt={widget:'Search'**;
amzn_wdgt.tag='orderlinks-20';
amzn_wdgt.columns='3';
amzn_wdgt.rows='6';
amzn_wdgt.defaultSearchTerm='diamond necklace';
amzn_wdgt.searchIndex='Jewelry';
amzn_wdgt.width='510';
amzn_wdgt.showImage='True';
amzn_wdgt.showPrice='True';
amzn_wdgt.showRating='True';
amzn_wdgt.design='2';
amzn_wdgt.colorTheme='Default';
amzn_wdgt.headerTextColor='#0000OO';
amzn_wdgt.linkedTextColor='#0000AA';
amzn_wdgt.bodyTextColor='#000000';
amzn_wdgt.borderColor='#E4E4E5';
amzn_wdgt.outerBackgroundColor='#FFFFFF';
amzn_wdgt.marketPlace='US';
</script>
<script type='text/javascript' src='http://wms.assoc-amazon.com/20070822/US/js/AmazonWidgets.js'>
</script>

</body>
<html>


P/S :

Tukar jer keyword ( huruf bold ) :
amzn_wdgt.defaultSearchTerm='diamond necklace';

Tukar searchIndex kepada category produk: amzn_wdgt.searchIndex='Jewelry';

Tukat tag ( huruf bold ) kepada amazon id anda: amzn_wdgt.tag='orderlinks-20';
 
Maaflah kalau terlambat..
Ada beberapa website client perlu disiapkan..
Hujung tahun cuti sekolah macam ni banyak pula kenduri kahwin.. :">

Tutorial seterusnya kita akan belajar Menu Tab version Sliding..
Maknanya macam ada mini website dalam Fanpage tapi style sliding menu..

Sekarang ni pun tengah siapkan coding dia dan buat tutorial sekali..
insyaALLAH bila sudah siap akan Tok buka tutorial thread baru atau sambung thread ini..

Contoh gambar di bawah:

INUBF.jpg


Live Demo ada di http://www.facebook.com/RembauWebSolution?sk=app_212215612196108

PS: Jangan lupa download Nvu dan Notepad C++ untuk tutorial seterusnya.
PPS: Kalau anda dah tahu HTML lagi senang sebab Fanpage ni macam website biasa je cuma saiz kecil.

Terima Kasih

:)cgrock

maaf tok,cucu tumpang tanye.kenape cucu klik "Live Demo" dia terus jer masuk link fb saye..erm..pelik la tok,cucu harap tok dapat tolong..:-?
 
Back
Top
Log in Register