BTC USD 82,917.4 Gold USD 4,104.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Paramitha nafi curang

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Paramitha nafi curang



JAKARTA: Tindakan Nenad Bago memfailkan perceraian terhadap Paramitha Rusady di mahkamah syariah Jakarta Selatan dikatakan ekoran daripada kewujudan orang ketiga.

Bagaimanapun, Mitha bersedia untuk membuktikan bahawa dia tidak berlaku curang. Menurut peguam Mitha, Heru Putranto, berita itu hanya khabar angin. Malah, anak guamnya mencabar sesiapa juga yang dapat membuktikan kononnya dia berlaku curang terhadap suaminya. “Mitha sudah tahu. Ia cakap kosong yang tersebar berulang kali. Siapa yang dapat membuktikan bahawa Mitha curang? Untuk apa dia melakukan semua itu. Sekali lagi kami jelaskan, tidak ada kewujudan orang ketiga dalam perkara ini, Siapa pun boleh bergambar dengan Mitha,” kata Heru selepas sidang di mahkamah selesai, semalam.


Heru juga menegaskan khabar angin yang mengatakan Mitha curang dengan seorang jejaka bernama CW hanya tindakan untuk memburuk-burukkan kedua-duanya.

“Anda boleh dapatkan pengesahan daripada CW sendiri, Memang ada percubaan untuk menjejaskan reputasinya,” katanya. - Detik





sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Paramithanaficurang/Article
 
Back
Top
Log in Register