ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Yoshida (tengah) bersama Ahli Lembaga Pengarah Panasonic ketika pelancaran Papasemy di Subang Jaya, baru-baru ini.
BAGI memenuhi permintaan penyaman udara yang melibatkan perniagaan ke perniagaan (B2B), Panasonic melancarkan Panasonic Appliance Air Conditioning System Engineering Malaysia (Papasemy).
Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif Panasonic Jepun, Mamoru Yoshida berkata, sistem baharu B2B itu merupakan hab sokongan bagi sistem penyaman udara komersial melalui penyediaan servis menyeluruh kepada pemilik bangunan, pemaju dan syarikat.
“Penubuhan Papasemy akan meletakkan kami dalam merealisasikan wawasan untuk memacu perkembangan perniagaan B2B Panasonic terutamanya menguasai pasaran utama Aliran Penyejukbekuan Boleh Ubah (VRF) dan Pakej Penyaman Udara menjelang 2018.
“Dengan kewujudan Panasonic yang kukuh bagi segmen perniagaan ke pengguna (B2C) menjadikan kami yakin mengembangkan kebolehan kami kepada segmen B2B,” katanya pada Majlis Pelancaran Papasemy, di Subang Jaya, baru-baru ini.
Menurutnya, penyaman udara Panasonic diterima baik oleh kebanyakan pemilik bangunan dan pemaju selain menjadi pilihan utama penghuni kondominium dan banglo di Malaysia.
“Dengan kolaborasi sistem awan pertama di Asian, ‘Panasonic Smart Cloud’ pengguna ditawarkan kemudahan dan akses yang lebih baik di mana menggabungkan sistem penyaman udara dengan sistem pintar pemprosesan data.
“Ia juga boleh dikawal menerusi hubungan internet tunggal membolehkan sistem pengawalan suhu bangunan diuruskan mengikut waktu dan masa bagi tujuan analisis dan laporan untuk pelan penambahbaikan,” katanya.
Papasemy turut menyediakan talian perkhidmatan bagi B2B yang boleh dihubungi 24 jam sehari untuk membantu sebarang masalah teknikal dari pengguna selain menyediakan lawatan pemeriksaan bagi sistem penyaman udara.