oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
FOTO hiasan.
NEW DELHI: Anggota sekretariat negeri Rajasthan yang menghadiri mesyuarat terdiam apabila klip video lucah dimainkan selama 30 saat ketika ia diadakan.
Mesyuarat itu, yang diadakan awal minggu ini, dipengerusikan Setiausaha Jabatan Pemakanan, Mugdha Singh, dalam bilik di ibu pejabat kerajaan negeri di Jaipur.
“Pada pertengahan sidang video, klip lucah mula dimainkan di layar.
“Saya segera menghubungi pengarah dan meminta beliau menyiasat perkara ini dan memberi laporan,” kata Singh.
Beliau berkata, 10 orang termasuk pegawai jabatan dan wakil Pusat Maklumat Kebangsaan (NIC) India, berada dalam bilik berkenaan dan pegawai daripada 33 daerah di negeri itu turut terbabit dalam mesyuarat menerusi sidang video berkenaan.
Ia diadakan bagi menilai semua pelbagai skim dan program, apabila tiba-tiba bunyi dan imej lucah mula muncul daripada salah satu komputer riba yang disambungkan kepada panggilan video.
“Keputusan tindakan yang akan diambil ke atas sesiapa yang bersalah berdasarkan laporan pengarah NIC,” kata Singh.
Siasatan awal menunjukkan beberapa komputer riba persendirian digunakan untuk mesyuarat itu. — Agensi
sumber: https://www.bharian.com.my/dunia/as...eo-lucah-ganggu-kelancaran-mesyuarat-di-india
.