BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Papa Ricky dilancar di Perancis

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
ast1_1476715671.jpg


ast2_1476715675.jpg

Cannes, Perancis: Syarikat produksi Global Station Sdn Bhd dengan kerjasama stesen penyiaran Astro mencatat satu lagi sejarah apabila melancarkan drama rantaian terbaru, Papa Ricky di sini, hari ini

Drama arahan Harris Fadzilah lakonan Fadlan Hazim, Siti Elizad dan Nur Qistina Raisah yang sedang dalam pembikinan itu bakal dipasarkan ke peringkat global oleh syarikat pengedar Comarex yang beribu pejabat di Mexico

Sebelum ini kerjasama yang sama terjalin menerusi drama bersiri terbitan Global Station iaitu Memori Cinta Suraya dan Lara Aishah

Sidang media itu diadakan di Palais des Festival, tempat berlangsungnya Pameran Perdagangan Audio Visual Dunia (MIPCOM) 2016 yang bermula hari ini sehingga 20 Oktober

Penerbit Global Station, Datin Zaiton Muhd Jiwa berkata, dia terharu kerana kerjasama sebegini berterusan antara Global Station dan Astro serta pemasaran oleh pihak Comarex

"Global Station melabur bajet sebanyak 30 peratus manakala selebihnya daripda Astro. Sebelum ini Memori Cinta Suraya dan Lara Aishah berjaya dipasarkan ke Indonesia, Pakistan, Kazakhstan dan negara-negara Asia Tengah

"Inilah manfaat yang kami peroleh apabila menyertai MIPCOM sejak 18 tahun lalu kerana kami berjaya membina rangkaian perhubungan atau 'contacts' dengan syarikat produksi produser serta stesen TV luar negara," katanya

Hadir sama pada majlis itu Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh; Naib Presiden Perniagaan Antarabangsa Canal 13 Chile, Marina Del Canto Vergara serta wakil Comarex, Marcel Vinay dan Martha Contreras

Sementara itu, Khairul berkata, Astro Prima dijangka menyiarkan siri Papa Ricky sekitar Januari depan selepas siri Lara Aishah lakonan Fasha Sandha berakhir

"Kerjasama ini diyakini memberikan hasil yang positif berdasarkan sambutan baik penonton terhadap Memori Cinta Suraya dan Lara Aishah.

"Bagi Astro drama bersiri atau rantaian sentiasa mempunyai jumlah penonton yang tinggi dan begitulah yang diharapkan apabila Papa Ricky ditayangkan kelak, " katanya

Papa Ricky yang diadaptasikan daripada drama bersiri terbitan stesen Canal 13 Chile, antara lain mengisahkan cabaran seorang bapa tunggal yang terpaksa membesarkan anaknya selepas isterinya meninggalkannya

http://www.hmetro.com.my/node/174749
 
Back
Top
Log in Register