BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pantai Puteri Dikenal Pasti Sebahagian Daripada Zon Pelabuhan Dan Industri Utara Sm-wez

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,768
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,768
Reaction score
289
Points
146
15b3d105894b30607039e1f6ba0bb87369f1a09f93dac

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Kerajaan Negeri Melaka mengenal pasti Pantai Puteri sebagai sebahagian daripada Zon Pelabuhan dan Industri Utara Straits Of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) yang akan memacu pertumbuhan ekonomi baharu negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata perancangan di kawasan itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan industri maritim berimpak tinggi dengan memanfaatkan kelebihan semula jadi perairan yang mempunyai kedalaman hingga 20 meter dan sesuai untuk aktiviti perkapalan besar.

“Kedudukan strategik kawasan ini yang berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Bruas serta Pusat Penapisan Minyak Petronas Sungai Udang turut mengukuhkan potensi pembangunan bersepadu di sepanjang pesisir Pantai Puteri,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim (BN-Pantai Kundor) yang mahu tahu mengenai perancangan SM-WEZ terhadap pembangunan bersepadu di sepanjang pesisir Pantai Puteri.

Ab Rauf berkata pembangunan di pesisir pantai itu dirancang secara menyeluruh dan berfasa melibatkan dua syarikat konsesi dengan keluasan penambakan keseluruhan sekitar 352 hektar.

“Berdasarkan status semasa, proses mendapatkan kelulusan teknikal sedang giat dilaksanakan dan kerja penambakan dijangka mengambil tempoh hingga 10 tahun sebelum aktiviti pembangunan dilaksanakan secara berfasa.

“Dalam masa sama, kerajaan negeri juga amat prihatin terhadap isu hakisan pantai dan kepentingan sektor pelancongan di Pantai Puteri, justeru pendekatan pembangunan yang diambil adalah seimbang dan tidak mengabaikan keperluan pemuliharaan,” katanya.

Beliau berkata aktiviti penambakan dirancang dengan mengambil kira jarak penampan kira-kira 300 meter daripada garis pantai sedia ada bagi memastikan ekosistem marin terus terpelihara serta aktiviti pelancongan dan rekreasi tidak terjejas, selain menjadi laluan keluar masuk nelayan setempat ke perairan Selat Melaka.

“Ini membuktikan pembangunan dirancang bukan sahaja bersifat ekonomi tetapi turut mengambil kira kesejahteraan rakyat setempat.

 
Back
Top
Log in Register