Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
21.08.2019 - Langkawi, Penduduk di kawasan Telaga Harbour Park di Langkawi, gempar menyaksikan kejadian belalai air atau sengkayan bersaiz besar melanda kawasan itu, hari ini.
Kejadian berlaku ketika keadaan cuaca hujan berserta angin kencang, 11.30 pagi.
Fenomena terbabit dikatakan berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit, dilihat dari arah laut menuju ke kawasan darat.
Video fenomena itu kini tular di Facebook dan WhatsApp.
Saksi kejadian juga Pengurus Acara Kumpulan Naam, Mark Hisham berkata, kejadian itu pertama kali dilihatnya sejak enam tahun bertugas di Langkawi.
“Ketika kejadian, saya berada di pulau buatan Paradise 101 berhampiran Telaga Harbour Park bersama sekumpulan 80 pelancong.
“Belalai air itu dilihat datang dari arah laut bersama hujan dan angin,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus, berkata sehingga, kini tiada sebarang aduan kerosakan berkaitan kejadian itu.
“Mengikut maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia kejadian belalai air bukan asing bagi kawasan laut dan ia adalah fenomena cuaca normal,” katanya.
Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/488303/panik-lihat-belalai-air-metrotv