BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panik Anak Terperangkap Dalam Kereta

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
02.07.2019 - Kota Samarahan, Seorang ibu menempuh detik cemas apabila bayi perempuannya berusia empat bulan terperangkap dalam kereta ketika memberhentikan kenderaannya di hadapan tadika di Kota Samarahan, hari ini.

Difahamkan, wanita itu menghantar dua lagi anak perempuannya yang berusia tiga serta empat tahun ke tadika terbabit dan meninggalkan bayinya dalam kereta Proton Persona dinaikinya.

Wanita terbabit hanya meninggalkan bayinya itu beberapa minit sebelum kembali semula ke kenderaannya, namun panik selepas gagal membuka pintu kereta.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.25 pagi.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerah dalam operasi berkenaan.

“Setibanya di lokasi, pihak kami mendapati seorang bayi berada di tempat duduk penumpang depan kereta berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut jurucakap itu, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu kereta itu menggunakan peralatan khas.

“Bayi berkenaan berada dalam keadaan selamat dan dibawa keluar sebelum diserahkan kepada ibunya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.40 pagi,” katanya.

Screenshot-425.jpg


Screenshot-424.jpg


Screenshot-423.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/471330/panik-anak-terperangkap-dalam-kereta
 
Last edited:
Aku xberani tol main tinggal2kan anak dkm ketani,kalau nak tinggalkan kjp pun aku matikan enjin cabut kunci,byk risikonya selain jadi benda2 camni.
 
aku biasenye tingkap tak pernah tutup habis kalo dekat2
mcm anta anak ke taska/sekolah
so jadi ape2 senang nak bukak
oh lgpun kunci pintu kete aku dah rosak
 
masa aku pakai Bezza dulu senang, happy je ..

kunci kat poket selalu, ter-autolock pun boleh buka, kete start jalan gi kedai pun xtakut kena curi sebab ada immobilizer :D
 
aku jgn kata baby, kengkwn aku tinggalkan dlm kete pun,aku turunkan tingkap abis, takut diorg lemas, hahahhaha
 
Back
Top
Log in Register