BTC USD 83,526.0 Gold USD 4,156.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panglima Islam : Tariq bin Ziyad..

12 ribu x 100 ribu..wow....perbezaan yg ketara...trtnya2 apa straterginya?
 
nice info...aku pon nk jadi tentera islam utk selamatkan rakyat palestin di bumi Gaza...aku x kesah mati seandainya peluru dan bom jadi sasaran kat aku..hnya yg penting syahid hadiahnya..Allahukhbarx7..

semangat mcm ni yg kita mahu!:)cgrock
 
Dengan Bersabar Orang-orang Beriman akan Memperoleh Kekuatan

Salam.

Kisah Thalut dari Al-Quran

Sebagaimana dapat dilihat dalam kisah tentang Thalut, Allah menjadikan orang-orang beriman memperoleh kemenangan kerana ketaatan mereka, meskipun mereka berjumlah sedikit.

Terjemahan ke bahasa melayu ayat 249 Al - Baqarah

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikut, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Thalut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yaqin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar".

* Dapat kita lihat dalam pasukan tentera Thalut ni ada dua golongan. Kita tengok pada golongan yang sedikit/golongan yang menang.

Ciri-ciri yang boleh dilihat pada golongan kuat walaupun sedikit ini ialah

1. Nyata keimanannya kepada Allah , sabar menghadapi ujian dan patuh pada pemimpin.

- Pemimpin mereka Thalut sudah memberikan peringatan pada ahli pasukannya yang Allah nak uji mereka dengan sebatang sungai.

Thalut bagitau siapa yang minum air dari sungai itu bukan pengikutnya dan siapa yang tidak minum air dari sungai itulah pengikutnya yang sebenar, melainkan minum seceduk air sahaja menggunakan tangan.

Boleh dikatakan yg ujian ni nak saring siapa yg betul2 beriman kepada Allah dan menunjukkan taat setia pada pemimpin mereka. Sebelum pergi ke medan perang untuk bertempur secara fizikal, Allah uji mereka dalam memerangi hawa nafsu. Dengan mengamalkan sifat sabar, mereka dah menang dalam memerangi hawa nafsu mereka sendiri.

Disebut dalam ayat ini Thalut menyeberangi sungai itu dengan mereka yang beriman.

Jadinya Thalut dan pengikutnya yang beriman/lulus ujian berada di sebelah sungai yang mereka telah seberangi dan mereka yang bukan pengikutnya berada di sebelah yang lain.

Sungai itu menjadi garis pemisah antara mereka (antara mereka yang benar2 beriman dan tidak) dan sungai itu jugalah yang Allah jadikan ujian bagi mereka.

Kiranya mereka ni dah terbukti/nyata menjadi sekumpulan orang yang beriman dan sabar jadi Allah bersama orang-orang yang sabar(sekumpulan orang sabar).

2. Mereka yakin bahawa mereka akan bertemu Allah

3. Mereka tahu dan mengucapkan dengan yakin golongan mereka yang sedikit boleh berjaya untuk menewaskan musuh yang ramai dengan izin Allah dan mereka juga tahu dan mengucapkannya yakin perkara seumpama itu telah banyak kali berlaku sebelumnya.

4. Mereka tahu dan mengucapkan dengan yakin yang Allah bersama-sama orang-orang sabar.

*3&4 Ucapan tersebut menunjukkan mereka juga mempunyai/mempelajari ilmu agama Islam dan bersikap suka menyatakan dan mengamalkan apa yang mereka percayai.

Mereka inilah golongan sedikit yang di izinkan untuk menewaskan golongan yang banyak dan Allah bersama-sama mereka.

Dalam kisah ini seterusnya Thalut bersama pasukannya turut disertai Nabi Daud a.s bertempur dengan Jalut dan tenteranya. Dengan izin Allah kemenangan di pihak Islam.

Ayat 246-252 Surah Al Baqarah memaparkan kisah ini. Bagus untuk dipelajari dan diambil pengajaran.
 
Last edited:
Kerajaan islam yg boleh menakluki eropah..
sejarah tidak pernah dilupakan..
:D
 
klu ade cte psal kisah ni, syok gak lyn...mningkatkn lg smgt muslimin dlm mnegakkn syiar islam d muka bumi...trtm d palestin dan seangkatan dgnnya
 
Contoh para sahabat..kerana mereka adalah pewaris nabi..
 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1.إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,

2.وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا
dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

3.فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Salam,

Ayat surah An-Nasr membuktikan apabila datang pertolongan Allah, telah membuktikan tentera Panglima Thariq ibnu Ziad 12 ribu pun berjaya mengalahkan tentera Raja Roderic.

Pernah diceritakan, kata-kata azimat Thariq begitu membakar semangat tenteranya kerana, misi mereka pengabdian kepada Allah (sungguh nyata misi ini dalam kalimah syadah: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah) membuatkan mereka tidak pernah gentar berperang walaupun daripada jumlah yang kecil.

Kalo tak silap, pemerintahan bukan Islam di Andalusia berlaku selama 7 abad, dan selepas itu dari abad 7-14 diambil alih oleh pemerintahan Islam, kemudiannya abad 14 sehingga abad 21 (kita di abad ini!) Andalusia telah dirampas oleh Kristian. jika dilihat apa yang Allah janjikan... FirmanNYA yang bermaksud:

“Dan masa (kejayaan/kekuasaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (sebagai iktibar/pengajaran)” (Ali Imran: 140)

Bukankah sekarang giliran Islam untuk bangkit semula di bumi Andalusia? Adakah kebetulan giliran ini dengan janji Allah??? wallahualam :)
 
islam akan bangkit kembali..itu pasti...
 
Back
Top
Log in Register