BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah, Saidina Ali Bin Abi Talib RA Diserang Pada 19 Ramadan 40h Sebelum Meninggal Dunia 2 Hari Kemudian

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836
IMG_20240330_102424_356.jpg


Hari ini 1,405 tahun Hijrah yang lalu, Saidina Ali bin Abi Talib RA diserang sebelum meninggal dunia 2 hari kemudian.

Saidina Ali RA lahir pada tahun 601 Masihi di Makkah. Bapanya Abu Talib adalah pembesar puak Quraisy yang juga bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali RA merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam.

Ketika Rasulullah SAW meninggalkan Mekah ketika peristiwa Hijrah, Saidina Ali RA bertindak sebagai umpan memperdaya musuh Islam dengan tidur di katil Rasulullah SAW, sekali gus menggagalkan rencana membunuh Baginda oleh para penentangnya.

Sebagai sepupu Rasulullah SAW, Saidina Ali RA menjadi Khalifah ar-Rashidin ke-4 menggantikan Saidina Uthman ibn Affan pada 36H. Namun beliau berdepan tentangan daripada pelbagai puak termasuk Gabenor Syria, Muawiyah bin Abu Sufian dari Bani Umayyah.

2 perang saudara tercetus (Perang Unta & Perang Siffin) dalam tempoh yang dipanggil Fitnah Pertama, membawa kepada pemansuhan Khilafah ar-Rashidin & bermulanya kekuasaan Dinasti Umayyah.

Rentetan Perang Siffin yang berakhir buntu, Saidina Ali RA bersetuju untuk menimbang tara dengan Muawiyah untuk mencari titik pendamaian. Namun ada kumpulan daripada tentera Saidina Ali RA yang tak setuju lalu memberontak. Mereka digelar 'Khawarij' (mereka yang keluar).

Khawarij merumuskan bahawa kemelut Islam berpunca daripada Saidina Ali RA, Muawiyah & Gabenor Mesir, Amr ibn As & mereka bertiga mesti dibunuh untuk menamatkan segalanya. Abd al-Rahman ibn Muljam dipilih untuk menjalankan misi tersebut.

Maka pada hening pagi 19 Ramadan 40H/28 Januari 661M, Ibn Muljam menetak Saidina Ali RA di kepala dengan sebilah pedang beracun ketika beliau sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Besar Kufa, Iraq. 2 hari kemudian, beliau syahid di usia 62/63 tahun.

Jasad Saidina Ali RA dimakamkan di tengah malam gelap di Najaf, Iraq. Sehari kemudian, Ibn Muljam berjaya ditangkap & dihukum mati secara Qisas oleh anak Saidina Ali RA, Hassan RA.

*Gambar: Masjid Besar Kufa di Iraq pada 1915, tempat di mana Saidina Ali RA diserang.

Sumber: World History, Republika Id, Islamic Finder

#PeristiwaHariIni
 
Maka pada hening pagi 19 Ramadan 40H/28 Januari 661M, Ibn Muljam menetak Saidina Ali RA di kepala dengan sebilah pedang beracun ketika beliau sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Besar Kufa, Iraq. 2 hari kemudian, beliau syahid di usia 62/63 tahun.
 
Back
Top
Log in Register