BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Panggilan semula Proton Perdana

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,239
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,239
Reaction score
1,659
Points
201
PANGGILAN semula Proton Perdana bagi penggantian beg keselamatan Takata untuk model keluaran 2012 hingga Ogos 2018.


PROTON memanggil semula model Proton Perdana bagi menggantikan beg keselamatan Takata yang juga inisiatif global untuk alatan itu.

Ia melibatkan Proton Perdana yang dibina dari tahun 2012 sehingga Ogos 2018 sahaja.

Proses ini selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR) yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Traffik Lebuhraya Kebangsaan Amerika (NHTSA) yang memerlukan penggantian inflator beg keselamatan bukan kering.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata Proton sudah memulakan proses penggantian sejak Januari tahun ini dan tidak melibatkan model jenama itu yang lain.

"Sebanyak 6,342 unit Perdana terjejas sehingga 18 Ogos 2020 dan pusat servis kami sudah melakukan penggantian untuk 5,625 atau 87.5 peratus daripada jumlah keseluruhan," katanya.

Proton menyeru pemilik model Perdana yang terlibat sekiranya tidak dimaklumkan kerana maklumat yang tidak lengkap untuk menghubungi pusat servis yang berhampiran bagi urusan temujanji.

Tiada bayaran dikenakan bagi penggantian inflator beg keselamatan ini.


== hmetro
 
Proton Gesa Pemilik Perdana 2012-2018 Tukar Beg Udara

Proton Holdings Bhd (Proton) memohon kerjasama pemilik kereta Perdana yang dibina pada 2012-2018 untuk menukar beg udara Takata di pusat servis berhampirannya dengan seberapa segera. Bagaimanapun, arahan itu tidak membabitkan kereta Perdana yang dikeluarkan selepas 31 Ogos 2018. Dalam kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata servis baik pulih berkenaan adalah sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta-kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata.

Semua tindakan yang diambil itu adalah selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR) dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Traffik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika (NHTSA) mengenai penggantian inflator beg udara bukan kering. Berikutan itu, pihak Proton telah memulakan proses penggantian berkenaan sejak Januari 2019.

“Sebanyak 6,342 kereta terjejas dan setakat 18 Ogos 2020, pusat servis kami telah melakukan penggantian untuk sejumlah 5,625 unit atau 87.5 peratus daripada jumlah keseluruhannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah.

Menurutnya, Proton juga menegaskan bahawa proses itu tidak melibatkan mana-mana model lain keluarannya berikutan pembekal beg udara yang berbeza.

“Keselamatan pelanggan amat penting untuk Proton. Bagaimanapun, kami tidak dapat menghubungi semua pemilik Perdana terbabit berikutan maklumat pemilik yang tidak lengkap. Oleh itu, kami ingin menyeru semua pemilik yang belum mengganti inflator beg udara mereka untuk menghubungi pusat servis kami untuk membuat janji temu segera dan penukaran ini hanya mengambil masa kira-kira satu jam dan tiada bayaran dikenakan,” katanya.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi talian khidmat pelanggan Proton di 1-800-888-398 atau e-mel [email protected].

proton_perdana_24_grey_ext_21-1-850x398.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/proton-gesa-pemilik-perdana-2012-2018-tukar-beg-udara/
 
Back
Top
Log in Register