akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 61,479
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 61,479
- Reaction score
- 7,005
- Points
- 881
Jangan sinis dengan kemeriahan masjid di awal Ramadan
A view of the sea
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Kangar: Jangan pandang sinis dengan kehadiran ramai jemaah di masjid pada awal Ramadan sebaliknya ia seharusnya dilihat sebagai memuliakan bulan yang penuh berkat ini.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, jangan sama sekali memandang sinis dalam jiwa atau perkataan apabila melihat ramai umat Islam hadir ke masjid pada awal Ramadan.
"Malah, janganlah juga sama sekali kita kata itu semangat masa awal sahaja atau bila Ramadan baru nak nampak muka di masjid.
"Kehadiran ramai jemaah ke masjid pada awal Ramadan tanda bahawa mereka memuliakan Ramadan," katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Katanya, umat Islam yang berpusu-pusu ke masjid pada awal Ramadan ini adalah mereka yang beriman bahawa pada bulan yang mulia ini terdapat janji besar yang Allah berikan.
"Adapun, kelemahan sebahagian kita untuk terus istiqamah sepanjang Ramadan dan itu adalah kecacatan yang berlaku selepas itu tetapi bukan pada sambutan awal yang meriah ini.
"Kemeriahan masjid pada awal Ramadan adalah petanda umat ini mengagungkan syiar Allah kerana al-Quran sendiri menyatakan itu tanda jantung hati yang bertakwa.
"Bayangkan jika umat kita ini tidak mempedulikan kehadiran Ramadan di masjid dan masjid pula tetap seperti biasa dengan jemaah sedia ada maka sudah pasti itu satu kebiadapan terhadap Allah dan Rasul-Nya," katanya.
Beliau berkata, sekiranya itu berlaku ketibaan Ramadan ini dilihat bagaikan segala tawaran dan kemuliaan yang dijanjikan tiada ertinya lagi dan tidak menarik untuk disambut.
"Namun, apabila masyarakat kita berpusu-pusu ke masjid pada awal Ramadan, itu tanda hormat dan iman mereka terhadap janji Allah dan Rasul-Nya.
"Apa yang menjadi tanggungjawab dakwah kita adalah sama-sama mengajak diri kita dan umat beristiqamah sepanjang Ramadan," katanya.
Disiarkan pada: March 2, 2025 @ 12:44pm