BTC USD 62,356.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pandang serius perubahan iklim

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_03.1.jpg

Najib (tiga dari kanan) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. Turut hadir Muhyiddin (empat dari kanan).

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fenomena perubahan iklim dan pemanasan global tidak lagi boleh dipandang remeh kerana disebabkan faktor itu negara menempuh musim kemarau terlampau hingga mengalami krisis air di beberapa buah negeri pada awal tahun lalu.

Beliau berkata, fenomena itu juga telah menyebabkan berlakunya hujan lebat yang berterusan pada hujung tahun lalu hingga membawa kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa akibat banjir.

“Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan juga telah merekodkan taburan hujan yang tinggi iaitu 1,295 milimeter bagi tempoh 21 hingga 23 Disember 2014 yang bersamaan dengan taburan hujan untuk 64 hari.

“Malah, Majlis Keselamatan Negara turut mengesahkan bencana banjir terburuk dan tanah runtuh yang berlaku ada kaitannya dengan kegiatan pembukaan tanah untuk pertanian serta penerokaan tanah haram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.
 
apa yang depa pandang
setakat pandang semua orang boleh pandang
 
Pada pandangan saya pandang aje pandangan saya..itu saje pandangan saya..
 
Back
Top
Log in Register