BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

JPNT Pandang Serius Salah Laku Guru, Ingatkan Pentadbir Sekolah Sentiasa Peka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

JPNT Pandang Serius Salah Laku Guru, Ingatkan Pentadbir Sekolah Sentiasa Peka​

ef2a6da70182574a75112cffcd3c34b66810dffa5a785


Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memandang serius sebarang perlakuan menjejaskan integriti, profesionalisme serta imej perkhidmatan pendidikan susulan kes salah laku membabitkan seorang guru dari daerah Besut yang dituduh di mahkamah hari ini.

JPNT dalam kenyataan hari ini memaklumkan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses perundangan dan tindakan tatatertib dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang serta peraturan.

"Pada masa sama, jabatan mengingatkan semua pentadbir sekolah agar sentiasa peka, prihatin dan proaktif dalam mengenal pasti sebarang petunjuk awal salah laku dalam kalangan warga sekolah.

"Pemantauan berterusan, pengukuhan budaya integriti serta tindakan segera terhadap sebarang aduan atau maklumat yang diterima hendaklah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid terpelihara," menurut kenyataan itu.

JPNT memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang melanggar undang-undang, etika dan peraturan perkhidmatan awam, di samping komited dalam memastikan institusi pendidikan kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan berintegriti.

Seorang guru hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Setiu atas tujuh pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar lelaki, bulan lepas.

 
Back
Top
Log in Register